Faktor genetik kepada masalah sosial

Secara amnya, terdapat beberapa faktor risiko yang berhubung kait dengan masalah genetik kepada masalah sosial remaja masa kini ,termasuk perubahan genetik dan biokimia, persekitaran dan tekanan psiko-sosial, faktor sosial dan budaya, kecelaruan emosi dan ciri-ciri perwatakan individu.
Untuk faktor genetik,sebagai contoh, ketagihan alkohol misalnya mengandungi komponen pewarisan khususnya di kalangan lelaki. Perubahan biokimia yang mempunyai kaitan dengan penyalahgunaan dadah pula termasuk perubahan dalam kadar bahan kimia dopamine, serotonin, monamine oxidase dan endogenous opiods. Ini akan memberi kesan kepada bayi semasa dalam kandungan, mengikut penyelidikan yang dibuat kemungkinan besar kelakuan dan sikap ibubapa yang buruk akan diwarisi oleh anak mereka yang bakal di lahirkan.

Selain itu juga, faktor persekitaran dan psiko-sosial yang turut mendorong seseorang remaja mengambil dadah termasuk penderaan ibu bapa, pengabaian daripada keluarga, pencapaian akademik yang lemah, faktor status sosioekonomi, kemudahan memperolehi dadah dan lain-lain lagi.

Ibu bapa dan rakan sebaya memainkan peranan penting dalam mencegah penyalahgunaan dadah di kalangan remaja. Menurut kajian yang dijalankan, kawalan dan bimbingan ibu bapa amat penting dan berhubung kait dengan masalah di kalangan remaja. Sebaliknya, kurangnya penglibatan ibu bapa dalam bimbingan anak, pengaruh rakan sebaya serta pergaulan bebas dengan rakan yang bermasalah merupakan faktor-faktor yang berhubung kait dengan masalah sosial dalam kalangan remaja yang tinggi. Ibarat pepatah melayu mengatakan ‘mana tidak tumpah kuah kalau tidak ke nasi’.

Penyelidikan berbentuk nasional turut menyokong dengan mengatakan bahawa ibu bapa yang mengutamakan penglibatan aktiviti bersama dengan anak, menetapkan batasan pergaulan dalam kehidupan anak seperti mengambil tahu tempat anak berada selepas sekolah,sebagai contoh, jenis rancangan televisyen yang ditontoni serta laman web yang dilayari di Internet akan membantu ibu bapa melahirkan anak yang menjauhi penyalahgunaan dadah. Pendapat sedemikian amat penting dan harus dijadikan sebagai panduan oleh ibu bapa dalam mendidik anak mereka supaya tidak mudah terpengaruh dengan dunia luar yang penuh dengan perangkap jenayah remaja.

Keluarga adalah unit asas dalam masyarakat yang harus dijaga supaya tiada masalah hubungan sesama ahli keluarga. Namun disebabkan tekanan dan kos hidup yang tinggi pada era moden ini menyebabkan berlakunya pelbagai masalah sosial yang amat membimbangkan, di antaranya ialah maslasah sosial. Sebenarnya, faktor institusi keluarga yang rapuh merupakan faktor utama kes juvana dan penyalahgunaan dadah di kalangan remaja. Gejala negatif yang melanda remaja ini sebenarnya didorong oleh masalah dalaman individu. Untuk mengelakkan anak daripada terjerumus ke lembah kurang sihat, ibu bapa harus mengutamakan kehidupan rumah tangga yang bahagia. Ibu bapa yang bersifat penyayang, sering berkomunikasi dan mengambil berat tentang keperluan anak pasti dapat membantu remaja dalam menjalani ranjau hidup mereka.

Rujukan :
http//: www.kkm.gov.my

Monday, September 28, 2009

0 Comments:

 
SOCIAL WORK TERRITORY - Wordpress Themes is proudly powered by WordPress and themed by Mukkamu Templates Novo Blogger