Penyalahgunaan Dadah dan Cara Mengatasi

1. Apa itu dadah?
Dadah ialah bahan kimia psikoaktif yang mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf seperti menyebabkan keadaan mabuk, khayal, ketagih, gangguan tingkahlaku dan sebagainya.Penggunaannya yang berterusan akan mendatangkan bahaya dan kerosakan kepada diri, keluarga, masyarakat, negara dan agama Islam.

2. Apakah penyalahgunaan dadah?
Penyalahgunaan dadah melibatkan perlakuan yang berulang-ulang atau penggunaan dadah yang berlebihan. Ia akan mendatangkan perasaan gembira melampau atau ketagih bertujuan lari daripada kenyataan.Penyalahgunaan dadah melibatkan pola songsang penyalahgunaan dadah yang akhirnya boleh mengganggu kehidupan seharian

3. Apakah penagihan dadah?
Penagihan dadah dikenali sebagai bergantung dengan dadah.
Penagihan dadah bermula apabila seseorang itu mula dengan pengambilan dadah . Contohnya:
i) Memerlukan dos yang lebih tinggi untuk mencapai
kesan yang diingini
ii) Mula menunjukkan sifat-sifat ketagih apabila
penggunaannya dihentikan
iii) Terpaksa meningkatkan jumlah dadah yang lebih
banyak dan tempoh penggunaan yang lebih lama

4. Jenis-jenis dadah:
Dadah boleh dibahagikan kepada tiga jenis utama, iaitu:
i) Depresan , ii) Stimulan dan iii)Halusinogen

5. Faktor-faktor pengambilan dadah:
-Ingin mencuba
-Terikut-ikut / pengaruh rakan,keluarga
-Bekalan dadah yang senang didapati
-Suasana semasa. Contohnya; kelab malam
-Tekanan / cabaran dalam kumpulan
-Bagi tujuan merawat
-Pengaruh media

6. Tanda dan gejala seseorang itu terlibat dalam penyalahgunaan dadah:
-Selalu ponteng sekolah, tidak hadir bekerja, mutu kerja menurun, hasil kerja merosot, kebersihan dan kesihatan diri tidak terurus.
-Tidak bermaya, selalu menguap, mengantuk, mudah marah, meradang tanpa sebab dan sembunyi-sembunyi bila melakukan sesuatu perkara.
-Lari dari tanggungjawab sehingga keluarga terbiar.
-Suka menjauhkan diri dari keluarga dan kawan rapat serta meninggalkan kegemaran sebelumnya .
-Selalu mengasingkan diri dari kelompok masyarakat dan soka bersendirian.
-Meminta wang berlebihan dan mengambil wang tanpa izin.
-Hilang selera makan.
-Parut atau bekas suntikan di lengan.

7. Cara Pencegahan:
i) Menimbulkan ketakutan
ii) Program berasaskan maklumat
iii) Pendekatan kemahiran hidup

- Kemahiran ketahanan sosial
i) Kesedaran tentang pengaruh sosial dadah
ii) Pengetahuan tentang pencegahan dadah
iii) Kemahiran untuk menolak penawaran

- Kemahiran pengurusan-diri
i) Penyelesaian-masalah dan membuat-keputusan
ii) Kemahiran mengubah sikap-diri
iii) Pengurusan tekanan dan kebimbangan

- Kemahiran sosial umum
i) Kemahiran komunikasi yang berkesan
ii) Kemahiran perbualan
iii) Kemahiran ketegasan

8. Pemulihan melibatkan prosedur rawatan seperti:
-Terapi dadah gantian
-Pengurusan tingkah laku
-Kaunseling
-Mencegah dari kembali menagih (relapse prevention)
-Latihan menjadi asertif
-Sokongan masyarakat
-Pengisian dan perlembagaan rohani
-Penjagaan berterusan adalah satu komponen yang penting dalam proses pemulihan dari ketagihan dadah.Ia memerlukan sokongan penuh dari keluarga dan masyarakat.

9. Kumpulan Sokongan:
Pusat pemulihan :
i) Agensi Anti Dadah Kebangsaan
ii) PEMADAM
iii) PENGASIH
Pakar sakit jiwa :
i) Pakar kaunseling penagihan dadah
ii) Pakar psikologi
Lain-lain :
i) Ibu bapa
ii) Guru

10. PEMADAM :
PEMADAM adalah singkatan dari Persatuan Mencegah Dadah Malaysia . Ia adalah satu pertubuhan sukarela yang ditubuhkan untuk menolong mereka yang bermasalah berbangkit daripada penggunaan dadah, untuk memberi tunjuk ajar kepada orang ramai mengenai bahaya-bahaya penggunaan dadah dan juga untuk mendapat kerjasama orang ramai dalam usaha membasmi dadah.

Misi :
i) Membasmi dadah adalah tanggungjawab kita bersama
ii) Kita perangi dadah habis habisan
Visi :
Negara bebas dadah 2015

Objektif Penubuhan:
i) Untuk bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri serta agensi-agensi mereka dan lain-lain badan dalam usaha untuk menghapuskan pengeluaran dan perniagaan dadah yang menyalahi undang-undang dan penggunaannya dalam apa-apa bentuk.
ii) Untuk membasmi serta menjalankan penyelidikan mengenai penggunaan dadah dan untuk membantu bekas-bekas penagih dadah melalui JAGAAN LANJUTAN.
iii) Untuk menyedarkan masyarakat akan bahaya penggunaan dadah dan melibatkan masyarakat dalam usaha mencegah penyalahgunaan dadah serta bekerjasama dengan Persatuan-persatuan dan badan yang mempunyai tujuan yang sama dengan Persatuan ini.
iv) Untuk melancarkan kegiatan-kegiatan Persatuan itu dalam peringkat Negeri dan Daerah dan memberi galakan serta bekerjasama dengan Persatuan-persatuan dan Badan-badan yang mempunyai tujuan yang sama dengan Persatuan ini.

Peranan PEMADAM:
i) Mendidik orang ramai mengenai bahaya penggunaan dadah melalui rancangan pencegahan, pendidikan dan penerangan.
ii) Mengumpul dan menyampaikan pendapat pakar-pakar mengenai penggunaan dadah dan menganjurkan seminar, majlis dialog, forum dan kursus-kursus.
iii)Membantu dalam menyediakan perkhidmatan kaunseling.
iv) Bekerjasama dengan Jabatan-Jabatan kerajaan yang bersangkutan dan lain-lain pertubuhan sukarela dalam usaha mencegah penggunaan dadah.

Tuesday, October 13, 2009

TASK CENTERED MODEL

Tujuan model task centered ialah untuk meningkatkan kefungsian sosial klien dalam sesuatu intervensi yang di lakukan sebagai satu tahap untuk proses membantu klien menyelasaikan masalah. Pendekatan model ini memberi tumpuan kepada individu, pasangan, keluarga dan kumpulan kecil untuk di adaptasikan dalam kerja kebajikan bersama klien. Ini kerana, sesuatu masalah yang di hadapi oleh klien, pekerja sosial perlu mengaturkan beberapa langkah untuk menyelesaikan masalah yang ada.

Dalam membincangkan sesuatu praktis atau amalan dalam bidang kerja sosial, pekerja sosial dan para saintis akan merujuk praktis tersebut dengan beberapa model dan teori yang berkaitan. Model-model ini amat penting sebagai garis panduan dalam menyusun strategi dan aktiviti dalam proses intervensi pekerja sosial dengan klien.
Model ‘task centered adalah untuk menyelesaikan masalah psikososial yang spesifik di peringkat individu,keluarga dan kumpulan. Ia merupakan model ‘short term’ dan mempunyai had masa tertentu. Ini untuk membantu klien menyelesaikan masalah yang tertentu dalam jangka masa yang di tetapkan bersama klien .

Ini kerana, pendekatan dalam ‘short term’ lebih tertumpu kepada masalah klien yang boleh di selesaikan dengan pantas seperti konflik dan juga kekeliru untuk mengenal pasti masalah klien yang sebenar. Pekerja sosial dan klien sama-sama mencapai persetujuan di atas masalah melakukan rawatan yang telah dipersetujui. Ini bermaksud, pekerja sosial perlu membimbing klien untuk membuat keputusan dan membantu klien mencapai satu tahap penyelesaian masalah yang ingin di capai oleh klien. Rawatan ini lebih tertumpu kepada task centered iaitu lebih menumpukan masalah klien yang sebenar.

Dalam model ‘task centered’ terdapat beberapa prasyarat yang perlu ikuti oleh pekerja sosial ketika mengambil klien dalam proses intervensi . Pekerja sosial perlu mempunyai sifat seperti kejujuran dan keikhlasan dalam mengendalikan sesuatu bersama klien. Imi kerana, klien telah memberi sepenuh kepercayaan kepada pekerja sosial untuk menyelsaikan masalah yang dihadapi.Pekerja sosial menerima seseorang klien tanpa syarat, ini bermaksud bahawa pekerja sosial tidak boleh memilih kasih terhadap klien yang diperolehi. Pekerja sosial perlu mempunyai sifat ‘empati’ terhadap klien tersebut.ini kerana, memudahkan proses intervensi bersam klien.

Sunday, October 11, 2009

Faktor genetik kepada masalah sosial

Secara amnya, terdapat beberapa faktor risiko yang berhubung kait dengan masalah genetik kepada masalah sosial remaja masa kini ,termasuk perubahan genetik dan biokimia, persekitaran dan tekanan psiko-sosial, faktor sosial dan budaya, kecelaruan emosi dan ciri-ciri perwatakan individu.
Untuk faktor genetik,sebagai contoh, ketagihan alkohol misalnya mengandungi komponen pewarisan khususnya di kalangan lelaki. Perubahan biokimia yang mempunyai kaitan dengan penyalahgunaan dadah pula termasuk perubahan dalam kadar bahan kimia dopamine, serotonin, monamine oxidase dan endogenous opiods. Ini akan memberi kesan kepada bayi semasa dalam kandungan, mengikut penyelidikan yang dibuat kemungkinan besar kelakuan dan sikap ibubapa yang buruk akan diwarisi oleh anak mereka yang bakal di lahirkan.

Selain itu juga, faktor persekitaran dan psiko-sosial yang turut mendorong seseorang remaja mengambil dadah termasuk penderaan ibu bapa, pengabaian daripada keluarga, pencapaian akademik yang lemah, faktor status sosioekonomi, kemudahan memperolehi dadah dan lain-lain lagi.

Ibu bapa dan rakan sebaya memainkan peranan penting dalam mencegah penyalahgunaan dadah di kalangan remaja. Menurut kajian yang dijalankan, kawalan dan bimbingan ibu bapa amat penting dan berhubung kait dengan masalah di kalangan remaja. Sebaliknya, kurangnya penglibatan ibu bapa dalam bimbingan anak, pengaruh rakan sebaya serta pergaulan bebas dengan rakan yang bermasalah merupakan faktor-faktor yang berhubung kait dengan masalah sosial dalam kalangan remaja yang tinggi. Ibarat pepatah melayu mengatakan ‘mana tidak tumpah kuah kalau tidak ke nasi’.

Penyelidikan berbentuk nasional turut menyokong dengan mengatakan bahawa ibu bapa yang mengutamakan penglibatan aktiviti bersama dengan anak, menetapkan batasan pergaulan dalam kehidupan anak seperti mengambil tahu tempat anak berada selepas sekolah,sebagai contoh, jenis rancangan televisyen yang ditontoni serta laman web yang dilayari di Internet akan membantu ibu bapa melahirkan anak yang menjauhi penyalahgunaan dadah. Pendapat sedemikian amat penting dan harus dijadikan sebagai panduan oleh ibu bapa dalam mendidik anak mereka supaya tidak mudah terpengaruh dengan dunia luar yang penuh dengan perangkap jenayah remaja.

Keluarga adalah unit asas dalam masyarakat yang harus dijaga supaya tiada masalah hubungan sesama ahli keluarga. Namun disebabkan tekanan dan kos hidup yang tinggi pada era moden ini menyebabkan berlakunya pelbagai masalah sosial yang amat membimbangkan, di antaranya ialah maslasah sosial. Sebenarnya, faktor institusi keluarga yang rapuh merupakan faktor utama kes juvana dan penyalahgunaan dadah di kalangan remaja. Gejala negatif yang melanda remaja ini sebenarnya didorong oleh masalah dalaman individu. Untuk mengelakkan anak daripada terjerumus ke lembah kurang sihat, ibu bapa harus mengutamakan kehidupan rumah tangga yang bahagia. Ibu bapa yang bersifat penyayang, sering berkomunikasi dan mengambil berat tentang keperluan anak pasti dapat membantu remaja dalam menjalani ranjau hidup mereka.

Rujukan :
http//: www.kkm.gov.my

Monday, September 28, 2009

Pincus - Minahan



Model konseptual Pincus – Minahan menjelaskan bahawa terdapat empat asas yang terdapat sistem dalam kerja sosial dalam teori pincus-minahan, iaitu sistem agen perubahan,sistem klien, matlamat sistem dan juga tindak balas terhadap sistem tersebut. Dalam teori ini, Pincus – Minahan telah menekan bahawa agen kepada penyelesaian masalah adalah sangat penting bagi membantu klien mengatasi masalah yang dihadapi dari pelbagai aspek. Lazimnya, dalam satu masalah yang timbul pekerja sosial dan klien perlu mencapai target sistem dan tindak balas dari sistem tersebut yang diperlukan dalam proses intervensi ini bersama pekerja sosial. Dalam proses intervensi ini dilakukan, klien dibimbing oleh pekerja sosial dengan cara membincangkan masalah yang dihadapi.

Dalam sesuatu invtervensi yang dilakukan , perlukan mencapai target. Dalam kes yang dilakukan oleh pekerja sosial bersama dengan klien, pekerja sosial perlu mengambil beberapa tindakan sebelum membuat beberapa intervensi. Pekerja social perlu mengenali klien dengan cara bertujuan menyelesaikan masalah klien. Pekerja sosial juga perlukan mempunyai beberapa matlamat dalam membantu klien ini.

Selepas selesai dalam target sistem tersebut, perlu mancapai dalam tindak balas sistem tersebut. Dalam sistem ini, pekerja sosial perlu mengambil beberapa inisiatif untuk mengatur matlamat dan strategik bersama klien. Dalam membuat intervansi tersebut, pekerja sosial perlu mendapatkan respon daripada klien semasa intervensi dijalankan. Hal ini untuk memudahkan klien membaut keputusan yang bijak.




STATISTIK PENAGIH DADAH DI MALAYSIA

Carta 1: Taburan Penagih Tertinggi 14 Buah Ibu Negeri
Bagi Jan-Julai 2008






Perbandingan perangkaan di 14 buah ibu negeri menunjukkan Georgetown merekodkan bilangan penagih yang tertinggi di kesan iaitu seramai 730 orang,diikuti WP Kuala Lumpur (669), Ipoh (280), Johor Bharu ( 267 ), Alor Setar (153) dan Shah Alam ( 157 ) .Tumpuan utama penagih di lima buah negeri iaitu jumlah penagih yang tinggi bilangannya . Di WP Kuala Lumpur mencatatkan bilangan penagih paling ramai dikesan berbanding negeri-negeri lain iaitu seramai 1,514 orang, diikuti Pulau Pinang(1,211), Kedah (1010), Johor (960) dan Selangor (844). Tumpuan penagih masih di bandar besar disebabkan kemudahan pengangkutan dan faktor peluang pekerjaan yang mudah. Di WP Kuala Lumpur bandar Dang Wangi dikesan sebagai penyumbang angka penagih terbanyak iaitu 44.20% (669).

Di Pulau Pinang ,Georgetown sebanyak 60.30% (730), Johor dari bandar Johor Bahru sebanyak 49.20% (472) manakala di Kedah dikesan di bandar Kuala muda sebanyak 38.40% (388) dan Selangor dari bandar Shah Alam sebanyak 18.60% (157),Berbanding dengan tahun lalu bagi tempoh yang sama, bilangan penagih yang dikesan menurun bagi sembilan buah negeri iaitu Pulau Pinang, Johor, Kedah, Perak, Kelantan , Negeri Sembilan, Pahang, Sabah dan Sarawak





Carta 2: Pecahan Penagih Dadah Mengikut Etnik
(Januari – Julai 2008)







Bagi bulan Januari-Julai 2008, perangkaan menunjukkan bahawa etnik Melayu masih merupakan penagih teramai dikesan iaitu seramai 5,992 orang (74.97%) bersamaan dengan 0.05% daripada jumlah unjuran penduduk etnik Melayu di negara ini yang berusia 15-64 tahun (8,601,700 orang). Etnik Melayu merupakan komposisi etnik tertinggi di negara ini juga merupakan penyumbang kepada majoritinya penglibatan etnik Melayu dalam penagihan dadah


Perbandingan Penagih Yang Dikesan Mengikut Umur
Bagi Tahun 2008 Dan 2007








Bagi tempoh 7 bulan sepanjang 2008, golongan belia yang berumur di antara 19-39 tahun masih lagi merupakan majoriti tertinggi penagih yang dikesan adalah seramai 5,396 orang iaitu 0.03% daripada golongan umur unjuran penduduk Malaysia yang berusia 15-64 tahun (17,620,300 orang). Manakala seramai 159 orang (2%) adalah penagih remaja yang berusia di antara 13-18 tahun menunjukkan terdapat penurunan sebanyak 39.5% berbanding tempoh masa yang sama tahun lalu (263 orang). Dari 159 orang remaja yang dikenalpasti, 26.4% dari Kelantan, terdiri dari 36 orang lelaki dan 6 orang perempuan. Sementara di Johor sebanyak 16.4% iaitu 26 orang lelaki adalah kes penagih baru. Sementara Selangor 10.7% terdiri 16 orang lelaki dan seorang perempuan dan Kedah 8.2% iaitu 12 orang lelaki dan seorang
perempuan.

Kategori umur di antara 25-29 tahun merupakan bilangan penagih yang paling ramai dikesan (18.96%). Ini dijelaskan melalui carta 3 di bawah. Golongan belia merupakan yang tertinggi terdedah dengan risiko penagihan disebabkan oleh pergaulan, pengaruh kawan, sifat ingin mencuba/ingin tahu.Perangkaan menunjukkan dari 5,396 orang belia yang dikesan terlibat dengan penagihan, 2,812 orang mengaku mengambil dadah disebabkan pengaruh kawan dan 1,132 orang mengambil dadah untuk keseronokan



Sumber rujukan :
http://www.adk.gov.my
http://www.pemadan.gov.my
http://www.wikepedia.com

Wednesday, September 2, 2009

CABARAN KEBAJIKAN SOSIAL HARI INI DAN MASA DEPAN



Kebajikan membawa istilah yang luas akan pengertiannya, konsep kebajikan social meliputi dan merangkumi maksud kerja yang baik, tidak terhad kepada sesuatu kerja sahaja. Zastrow (2000) mendefinisikan bahawa kebajikan sebagai “ usaha untuk merubah atau meningkatkan keadaan sejahtera, baik dari segi fizikal, mental dan sosial ”. Isu dalam kebajikan sosial merupakan agenda utama yang masih membelenggu kehidupan sebahagian masyarakat di kebanyakan Negara menbangun dan mundur. Konsep kebajikan social berkait rapat dengan system institusi sosial dalam masyarakat

Antara cabaran yang dipertahan oleh institusi kebajikan sosial terhadap halangan yang dihadapi untuk hari ini dan masa hadapan ialah dari segi masalah globalisasi. Perkataan globalisasi dirujuk kepada fundamental, skala besar, pantas dan sangat kompleks dalam perubahan sosial. Sesetengah berpendapat globalisasi adalah proses di mana politik, sosial, ekonomi dan budaya meningkat seiring dengan pembesaran skala globalisasi.

Selain itu, cabaran yang dihadapi dalam kebajikan social ini dari aspek masalah sosial masyarakat yang melanda hari ini. Masalah sosial sekian hari semakin mencabar untuk di perbaiki. Masyarakat kerap didedahkan kepada pelbagai masalah sosial dalam kehidupan harian yang melibatkan semua lapisan masyarakat. Masalah-masalah sosial seperti kes penderaan, lari dari rumah, penagihan dadah, sumbang mahram, keganasan rumahtangga, pelakuan devian di kalangan remaja, pelacuran, perceraian dan sebagainya. Setiap permasalahan sosial yang berlaku akan memberikan kesan negatif serta menjejaskan bebanan kos sosial yang tinggi, Justeru itu, adalah wajar dilihat bahawa cabaran yang dihadappi oleh kebajikan sosial mengatasi isu-isu yang melanda hari ini dan pada masa akan datang. Kita tidak mengetahui sejauh mana masalah social akan timbul pada masa hadapan. Oleh itu, sebagai pekerja sosial yang professional perlukan aktif dalam melibatkan diri dalam isu-isu yang melanda.

Cabaran yang dihadapi dari aspek politik, Lazimnya, aktiviti mengenal pasti isu, keperluan atau masalah sosial yang wujud. Masa dan mengambil proses intervensi yang terhad untuk mengenal pasti isu atau masalah sosial yang berlaku yang berlaku. Ini menyebabkan keputusan yang dibuat dengan segera. Masa yang terhad untuk mengenal pasti masalah yang berlaku menyebabkan isu dan masalah social tersebut cenderung untuk disilap tafsir atau kurang difahami. Ini seterusnya menyebabkan program,strategik dan aktiviti pencelahan yang “salah” , kuraang atau tidak berkesan untuk bertindak balas dengan masalah dirancang. Keadaan ini menyebabkan kegagalan dasar yang dibentuk untuk mengatasi masalah yang wujud akibat daripada salah tafsir dalam dasar-dasar yang dibuat.

Ekonomi adalah salah satu cabaran yang dihadapi dalam kebajikan social pada hari ini. Ekonomi adalah aspek yang penting dalam membentuk sesebuah Negara dan masyarakat yang dapat memenuhi keperluan hidup. Jika sesebuah Negara mempunyai kadar ekonomi yang lembap, ini akan member kesan negatif kepada masyarakat serta pembangunan Negara. Masalah yang biasa dihadapi dalam kebajikan adalah peruntukkan kewangan untuk kebajikan sosial dalam membantu masyarakat yang miskin dan daif. Kelembapan ekonomi telah memjejaskan fungsi dan tujuan pekerja sosial untuk memberi bantuan kepada meraka yang perlukan pertolongan.

Masalah Kemiskinan mutlak di Negara membangun,Kemiskinan mutlak di negara dunia ketiga berlaku seiring dengan masalah-masalah ketidakseimbnagan dalam keadaan tempat tinggal, peluang mendapat pekerjaan, ketersediaan perkhidmatan dan sumber-sumber sosial yang lain. Walaupun kemajuan sains dan teknologi telah memperbaiki sedikit sebanyak permasalahan di atas, namun masih ramai penduduk dunia yang masih dibelenggu dalam perangkap kemiskinan akibat daripada perubahan ekonomi dan sosial, pertumbuhan penduduk, perbandaran dan kemusnahan dalam sistem bantuan dan sistem cukup hidup tradisional.

Sebagai sebuah institusi sosial yang proaktif, kebajikan sosial seharusnya sentiasa memantau keadaan sosial yang berisiko untuk menjadi masalah sosial. ini boleh dilakukan dengan cara menganjur, mencelah dan mencegah indicator- indicator sosial berisiko yang boleh meletakkan masyarakat dalam keadaan yang merbahaya. Hal ini mampu mengahapuskan masalah yang timbul dan dapat menangani masalah dengan lebih efektif.

Secara keseluruhan dapat dilihat bahawa, terdapat banyak halangan serta cabaran yang perlu dilalui oleh pekerja sosial untuk menyelesaikan masalah masyarakat sekarang serta kankangan daripada beberapa pihak.

Sumber:
http://www.jkm.gov.my
http://www.adk.gov.my
http://pkukmweb.ukm.my
http://socialworkprn.com

Monday, August 31, 2009

TINGKAH LAKU NON VERBAL

Komunikasi nonverbal adalah proses komunikasi dimana pesanan disampaikan tidak menggunakan kata-kata. Contoh komunikasi nonverbal ialah menggunakan gerak isyarat, bahasa tubuh, ekspresi wajah dan ekspresi mata, penggunaan objek seperti pakaian, potongan rambut, dan sebagainya, simbol-simbol, serta cara berbicara seperti intonasi, penekanan, suara, gaya emosi, dan gaya berbicara.

Para ahli di bidang komunikasi nonverbal biasanya menggunakan definisi "tidak menggunakan kata" dengan ketat, dan tidak menyamakan komunikasi non-verbal dengan komunikasi nonlisan. Contohnya, bahasa isyarat dan tulisan tidak dianggap sebagai komunikasi nonverbal kerana menggunakan kata, sedangkan intonasi dan gaya berbicara tergolong sebagai komunikasi nonverbal. Komunikasi nonverbal juga berbeza dengan bawah sedar, yang dapat seperti komunikasi verbal ataupun nonverbal.



Jenis-jenis komunikasi nonverbal

Komunikasi objek

Komunikasi objek yang paling umum adalah penggunaan pakaian. Orang sering dinilai dari jenis pakaian yang digunakannya, walaupun ini dianggap termasuk salah satu bentuk stereotipe. Misalnya orang sering lebih menyukai orang lain yang cara berpakaiannya menarik. Selain itu, dalam wawancara pekerjaan seseorang yang berpakaian cenderung lebih mudah mendapat pekerjaan daripada yang tidak. Contoh lain dari penggunaan komunikasi objek adalah seragam.

Sentuhan


Haptik adalah bidang yang mempelajari sentuhan sebagai komunikasi nonverbal. Sentuhan dapat termasuk: bersalaman, menggenggam tangan, berciuman, sentuhan di punggung, mengelus-elus, pukulan, dan lain-lain. Masing-masing bentuk komunikasi ini menyampaikan pesan tentang tujuan atau perasaan dari sang penyentuh. Sentuhan juga dapat menyebabkan suatu perasaan pada sang penerima sentuhan, baik positif ataupun negatif.

Kronemik

Kronemik adalah bidang yang mempelajari penggunaan waktu dalam komunikasi nonverbal. Penggunaan waktu dalam komunikasi nonverbal meliputi semua yang dianggap sesuai bagi suatu aktiviti, kebanyakan aktiviti yang dianggap patut dilakukan dalam jangka waktu tertentu, serta ketepatan waktu (punctuality).

Gerakan tubuh

Dalam komunikasi nonverbal, kinesik atau gerakan tubuh meliputi kontrak mata, ekspresi wajah, isyarat, dan sikap tubuh. Gerakan tubuh biasanya digunakan untuk menggantikan suatu kata atau frasa, misalnya mengangguk untuk mengatakan ya; untuk mengilustrasikan atau menjelaskan sesuatu; menunjukkan perasaan, misalnya memukul meja untuk menunjukkan kemarahan; untuk mengatur atau menngendalikan jalannya percakapan; atau untuk melepaskan ketegangan.

Vokalik

Vokalik atau paralanguage adalah unsur nonverbal dalam suatu ucapan, iaitu cara percakapan. Ilmu yang mempelajari hal ini disebut paralinguistik. Contohnya adalah nada percakapan, nada suara, keras atau lemahnya suara, intonasi, dan lain-lain. Selain itu, penggunaan suara-suara pengisian seperti "mm", "e", "o", "um", semasa bercakap juga tergolong unsur vokalik, dan dalam komunikasi yang baik hal-hal seperti ini harus dihindarkan.

Lingkungan

Lingkungan juga dapat digunakan untuk menyampaikan pesanan tertentu. Diantaranya adalah penggunaan ruang, jarak, temperatur, penerangan, dan warna.

Cara mengendalikan kes klien kaedah komunikasi non verbal

Sepanjang perbualan dalam sesi intervensi kemahiran mendengar merupakan asas terpenting.Ia juga merupakan prasyarat untuk menjadi seorang pekerja sosial yang baik.Selain mendengar, pekerja sosial juga membuat perhubungan melalui lisan dan juga memerhati keserasian tingkah laku non verbal klien. Kepercayaan pekerja sosial terhadap apa yang diperkatakan oleh klien akan menjadikan sesuatu sesi itu lebih bermakna.Bagaimanakah melayani tingkahlaku dapat membantu klien menyelesaikan
masalahnya.

Seseorang pekerja sosial perlu menggalakkan klien untuk berbicara dan meluahkan apa yang terbuku di dalam hatinya.Melalui cara begini klien akan lebih mudah mesra.Galakan berbicara sebenarnya merupakan gerbang ke arah penerokaan diri klien.Dengan memberikan galakan kepada klien untuk bercakap juga sebenarnya memudahkan klien untuk mengenal pasti permasalahan sebenar yang dihadapinya.Ini disebabkan melalui percakapan segala input berkaitan terpendam dalam unconscious klien akan dapat diluahkan tanpa sedar dan ini akan memudahkan pekerja sosial untuk memproses persoalan tersebut.

Beberapa skil dalam komunikasi diperlukan untuk menjadikan sesuatu sesi itu lebih berjaya.Antaranya ialah kontak mata,kualiti suara,dan bahasa badan.Seseorang pekerja sosial itu harus bijak dan seharusnya mahir untuk menggunakan skil tersebut kerana ia banyak membantu pekerja sosial dalam proses menolong klien.Kalau ditelusuri satu persatu di mana semasa bersesi pekerja sosial harus memberikan perhatian kepada sesi dan klien dengan memberikan tumpuan terhadap apa yang diperbincangkan dengan melihat klien.Bahasa yang jelas amat diperlukan agar klien dapat memahami apa yang diperkatakan oleh kaunselor serta pekerja sosial harus memerhatikan bahasa badan klien :adakah ia selaras dengan apa yang diperkatakan oleh klien tersebut. Jika terdapat bebrapa ketidakselarasan antara apa yang diperkatakan oleh klien dengan bahasa badan yang ditunjukkan pekerja sosial boleh mengkonfran klien untuk mendapatkan kepastian tentang kebenaran perkara yang diperbincangkan.

Cara mengendalikan klien yang kurang upaya kaedah non verbal

Pada dasarnya teknik dan cara yang digunakan dalam menghadapi klien kurang upaya adalah sama ,cuma dalam hal ini pekerja sosial perlu menggunakan kebijaksanaan untuk melakukan sedikit pengubahsuaian atau modifikasi agar sesi yang dijalankan dapat dimanfaatkan oleh klien tersebut.Membuat sesi dengan orang buta memerlukan pekerja sosial untuk memahami bahawa klien tidak dapat melihat segala tingkah laku kaunselor kerana klien akan lebih memberikan penekanan terhadap penekanan suara kaunselor.Berhadapan dengan orang pekak memerlukan pekerja sosial menggunakan penterjemah agar sesi yang berlangsung dapat difahami dan berjalan dengan mudah.Disamping itu pekerja sosial perlu memerhati segala non verbal yang ditunjukkan oleh klien.

Untuk menghadapi klien yang cacat anggota fizikal pekerja sosial perlu melayan mereka sepeti orang biasa dan tidak menggolongkan mereka sebagai golongan bermasalah keranan mereka adalah sama seperti orang normal dari segi pemikiran dan perasaan.Perkara yang membezakan golongan ini ketiadaan anggota fizikal yang mungkin menghalang mereka untuk melakukan pergerakan atau apa-apa urusan dengan mudah.
Dalam melayani klien,kaunselor perlu memikirkan beberapa perkara penting agar sesi yang berlangsung akan lebih berkesan.Kontak mata memainkan pernanan yang penting kerana ia banyak mempengaruhi sesi.Melalui kontak mata seseorang pekerja sosial boleh mengenal pasti sama ada klien bercakaap benar atau sebaliknya.Melalui kontak mata juga kita dapat mengenalpasti adakah klien berminat dengan sesi atau tidak.Walaubagai mana pun kontak mata ini bergantung kepada budaya kerana pekerja sosial harus memahami bahawa setiap budaya itu adalah unik.

Seterusnya pekerja sosial juga perlu memerhatikan dan menanggap nada atau kualiti suara yang dikeluarkan oleh klien .Kualiti Suara juga bermaksud tekanan suara yang tinggi dan rendah. pekerja sosial dapat mengagak tahap keseriusan masalah yang dihadapi klien berdasarkan tahap kualiti suara yang diujarkan.


Sumber rujukan:
http://teddykw1.wordpress.com/2008
http://id.wikipedia.org/wiki/Komunikasi_nonverbal
Basic advising and counseling (DR Mansor Abu Talib ,UPM

Thursday, August 27, 2009

Isu Penyalahgunaan Dadah


Setiap tahun bilangan penagih kian bertambah
sedangkan yang sedia menagih tidak pula

berkurangana atau sembuh








Julat umur yang paling ramai terlibat
dengan penyalahgunaan dadah adalah
pada usia remaja dan belia









Dadah juga boleh membawa kepada
masalah sosial yang lain seperti zina
















Friday, August 7, 2009

Isu Lumba Haram dan Remaja Rempit




Remaja melihat lumba motosikal ini satu jalan mudah untuk menyelesaikan masalah kerana terutama masalah keluarga dan sekolah serta masa depan mereka.








Gejala Mat Rempit yang semakin membimbangkan dan perlu ditangani segera sebelum ia menjadi `wabak" yang mengundang pelbagai masalah lain dalam masyarakat.










Rata-rata yang terbabit dalam kegiatan merempit ini adalah golongan remaja. Mereka adalah modal insan yang merupakan aset penting negara di masa hadapan. Jika tidak dibimbing halatuju dan ditentukan masa depan, mereka bukan saja menjadi anggota masyarkat yang tidak berguna, tetapi juga akan menjadi beban kepada kerajaan akhirnya nanti.

Wednesday, August 5, 2009

Isu Kemiskinan




Kebuluran merupakan
salah satu kesan daripada masalah kemiskinan yang tidak dibendung.








Kanak-kanak dari keluarga yang miskin
terbiar dan terpinggir dari segi aspek
sosial, pendidikan dan kesihatan










Penduduk miskin memerlukan bantuan yang sewajarnya bagi membantu meningkatkan kualiti hidup sesebuah keluarga

Tuesday, August 4, 2009

Kerja sosial kumpulan dan individu (perancangan kewangan)

SITUASI KEADAAN : MASALAH KEWANGAN BAGI ISI RUMAH YANG BERPENDAPATAN RM3000.00, MENETAP DI KUALA LUMPUR, 2 ORANG ANAK DAN BERSEKOLAH RENDAH DAN TADIKA.

Keperluan asas meliputi 55% daripada jumlah pendapatan, hiburan dan simpanan / pelaburan meliputi 10% daripada jumlah pendapatan yang diperolehi setiap bulan. Pendidikan pula meliputi 13% manakala kecemasan meliputi 12% daripada jumlah pendapatan yang diperolehi daripada setiap bulan.
Tips adalah satu panduan untuk masyarakat yang tinggal di sekitar Lembah Klang yang ingin membuat peberlanjaan dan simpanan bagi satu keluarga yang mempunyai anak antara 2 – 3 orang.
Pelaburan dari segi simpanan kewangan dalam tabung adalah sangat penting bagi mengelakan daripada berlaku sesuatu diluar jangkaan kita sendiri.
Oleh itu, setiap individu perlu mangambil inisiatif untuk membuat perancangan kewangan untuk diri sendiri dan juga keluarga.

PERANCANGAN KEWANGAN EKONOMI ISI RUMAH

Keperluan asas 55 % : meliputi bil RM200, sewa RM400,makan dan minum RM400, Kereta RM400(kereta sederhana) dan peralatan rumah RM250.

Hiburan 10% : meliputi bersantai dan berkelah sebanyak RM300.

Simpanan / pelaburan 10% : ASB, Insurans dan simpanan dalam akaun Tabung Haji sebanyak RM300.

Pendidikan 13% : sekolah , tambang bas sekolah,yuran persekolahan,peralatan sekolah seperti buku dan lain-lain sebanyak RM400.

Kecemasan 12% : meliputi tanggungan kepada ibubapa, kereta rosak, kesihatan sebanyak RM350

sumber rujukan : financial planing in global marketing (Benjamin Chan UPM)

Ciri-ciri dan keadah menjadi seorang Fasilitator

Seorang fasilitator adalah seseorang yang membantu sekumpulan orang memahami objektif-objektif biasa mereka dan membantu mereka bagi merancang bagi mencapai mereka tanpa mengambil satu kedudukan tertentu dalam perbincangan. Pemudah itu akan cuba untuk membantu kumpulan dalam mencapai satu konsensus pada sebarang percanggahan yang wujud terlebih dahulu atau muncul dalam mesyuarat itu supaya ia mempunyai satu asas kukuh untuk tindakan masa depan.
Peranan telah disamakan yang seorang bidan yang membantu dalam proses kelahiran itu tetapi bukan pengeluar hasil. Seorang fasilitator adalah seorang individu yang bekerja adalah bagi membantu untuk menguruskan satu proses pertukaran maklumat.

Tugas Fasilitator adalah memudahkan proses perbincangan supaya dapat berjalan dengan lebih lancar dan licin. Oleh itu ia memerlukan kepada pemerhatian, menasihati, membantu, membimbing dan kaunseling secara maksimum. Seseorang yang berminat menjadi fasilitator mesti memahami dengan mendalam sama ada dari segi teknikal mahupun konsep dan etika . Penting bagi seorang fasilitator memperbanyakkan pembacaan dalam apa jua jenis bahan pembacaan.
Perlu diingat kehadiran fasilitator bukannya mengubah hidup seseorang. Ia hanya satu sistem bagi membantu mengubah minda dan menangani aspek-aspek kehidupan mereka yang jumud, dan membantu mereka mendapatkan sesuatu yang mereka ingini dalam hidup mereka.Fasilitator adalah agen perubahan.

Proses Transformasi
Proses transformasi ini dapat dibahagikan kepada tiga kategori aktiviti, iaitu:

1. Penerokaan
- Satu aktiviti yang menumpukan kepada penerokaan berhubung apa yang ada di sana, menyingkap representasi diri individu ke atas dunia sekeliling.
- Ianya juga adalah suatu proses mengenali diri sendiri dan jenis-jenis persepsi dan pengetahuan yang ada untuknya.

2.Penjelasan
- Penjelasan ialah aktiviti mengenali dan meneutralkan kepincangan atau sebarang representasi luaran.
- Memberikan jawapan ke atas persoalan-persoalan yang mungkin mengganggu minda individu.
- Mengembalikan seseorang individu yang mungkin terhanyut pemikirannya ke jalan yang benar.

3.Programing
- Programing adalah suatu aktiviti yang secara langsung membentuk peribadi individu ke arah yang lebih baik.
- Dilakukan dengan cara menekankan kepada kehendak sebenar seseorang individu dan membantu menjadikannya lebih realiti.
- Memperkukuhkan lagi sifat-sifat dan kebolehan yang diingini oleh seseorang individu.

Fasilitator Muslim:

# Fasilitator Muslim adalah insan yang mempunyai kesedaran berbakti kepada masyarakat dan Islam sebagai salah satu daripada pelaburan amal jariahnya.
# Fasilatator Muslim sedar tanggungjawabnya di dunia ini sebagai khalifah dan hamba Allah.
# Fasilitator muslim mengamalkan cara hidup Islam ke arah yang terbaik dan sentiasa mempertingkatkan diri dengan kemahiran-kemahiran dan pengetahuan am terkini yang diperlukan bagi memastikan ia dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan baik dan sempurna.
# Fasilitator Muslim sedar dia juga adalah seorang dai’e atau pendakwah dan adalah teladan kepada ahli kumpulan LDK.
# Fasilitator Muslim tidak seharusnya berpura-pura. Segala yang disampaikan kepada ahli kumpulan LDK mesti ikhlas dan benar.
# Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud, “Sesungguhnya kebenaran sama ada ucapan ataupun perbuatan membawa kepada kebaikan dan kebaikan pula membawa ke syurga.Seseorang selalu bersifat benar sehingga ditulis di sisi Allah sebagai seorang yang benar. Sesungguhnya pembohongan membawa kepada kejahatan dan kejahatan pula membawa ke neraka. Seseorang selalu berbohong sehingga dia ditulis di sisi Allah sebagai pembohong”.
# Tugas dan tanggungjawab seorang Fasilitator Muslim tidak terbatas dalam kumpulan LDK sahaja,
# Ia merangkumi kehidupan harian beliau kerana insan yang dilabelkan sebagai Fasilatator Muslim sentiasa menjadi perhatian sebagai insan teladan kepada masyarakat sekelilingnya.
# Fasilatator Muslim semestinya faham peranan, tanggungjawab, etika dan tatasusila serta bersedia menimba ilmu sebanyak mungkin.

Peranan Fasilitator :
1. Dai’e
2. Penasihat
3. Naqibah
4. Kaunselor
5. Sahabat
6. Pemerhati
7. Jurulatih
8. Ejen Perubah

Antara beberapa syarat yang mesti dibina dan digarap dalam diri seseorang fasilitator iaitu :


1. Sikap
Jelas Matlamat Hidup - penting bagi Fasilitator Muslim memastikan hala tuju atau sense of direction dalam kehidupan. Tanpa penjelmaan matlamat hidup seseorang itu mudah merasa kecewa, putus asa dan lari dari perjuangan . Husnu Zan (Berperasangka baik dengan kejernihan hati) Fasilatator perlu bersangka baik kepada setiap orang yang ditemui bahawa orang tersebut berpotensi menjadi seorang hamba Allah yang taan dan cemerlang dunia dan akhirat.

Pro aktif , membina kemampuan membentuk suasana dan bukan dibentuk oleh suasana. Pengurusan pribadi yang berkesan ,Fasilatator perlu mengatur dengan sebaiknya, jadual harian, serta keutamaan-keutamaan dalam tindakan .Kemampuan berkomunikasi yang berkesan Penting dalam perkongsian idea dan pengalaman. Mempertingkatkan daya perjuangan , ini dapat dilakukan dengan menyertai aktiviti-aktiviti yang sihat, berpersatuan serta bergaul dengan rakan-rakan yang konstruktif serta banyak membaca .Sabar adalah ciri fasilitator yang mesti digarap dan mempunyai tahap kesabaran yang tinggi .

Punya prinsip sinergi iaitu mempunyai kemampuan dalam kumpulan atau amal jama’ie kerana bekerja dalam kumpulan dapat mewujudkan persefahaman, bermasyarakat serta memberikan impak yang lebih baik . Ihsan , hari ini lebih baik dari semalam. Sikap optimis amat penting bagi Fasilitatos. Malahan kita berusaha supaya esok lebih baik dari hari ini. Sikap ini memerlukan prosesyang berterusan dan melibatkan refomasi (islah). Berfikiran terbuka, Fasilitator mesti berfikiran terbuka supaya dapat menerima pendapat ahli kumpulan dan sahabat lainnya


2.Kreatif

Kreativiti adalah kuasa atau kebolehan mencipta iaitu menggunakan kepakaran dan kelainan dalam mencapai satu-satu objektif. Kreativiti memerlukan jalinan keaslian dan imiginasi dalam menghadapi satu-satu situasi. Berfikiran kreatif memerlukan satu proses yang halus dalam membaca dan menganalisis imaginasi atau pemikiran seseorang dan memantau ke seluruh spektrum pengetahuan dan pengalaman seseorang.


3. Kestabilan Emosi
Tidur yang cukup ,pemakanan yang baik dan sempurna ,riadah dan senaman yang konsisten, belajar mengenali saat-saat tertentu (bagi wanita yang tidak dapat lari daripada gangguan emosi secara biologi-cuba belajar berfikir dan bertindak secara rasional),kepercayaan dalam agama masing-masing sangat konsisten dalam kehidupan seharian dapat menguatkan rohani kita seterusnya menstabilkan emosi kita , penyediaan bahan dan material yang lengkap beserta dengan bahan alternatif, sentiasa bertenang dan fikirkan berhubung perkara-perkara yang positif sahaja


4.Berkemahiran
i) Berkemahiran maksudnya mempunyai kebolehan dalam :
ii) Kemahiran dorongan
iii)Kemahiran membuat keputusan
iv) Kemahiran kaunseling
v) Kemahiran penyelesaian masalah
vi) Kemahiran memberi dan menerima maklum balas
Di samping itu ada tiga kemahiran yang amat utama dalam membina kewibawaan diri iaitu:
Kemahiran Komunikasi
Kepimpinan
Personaliti

5. Berilmu , adalah salah satu faktor yang penting untuk menjadi seorang fasilitator yang baik, bagus dan boleh membantu masyarakat dalam menyelesaikan masalah.

Etika Fasilitator:
1. Menghormati autonomi
2. Tidak Mengganggu insan lain
3. Mementingkan insan lain
4. Adil
5. Setia dan amanah


Monday, August 3, 2009

MAKSUD KEFUNGSIAN SOSIAL


Kefungsian membawa maksud tujuan atau tugas tertentu bagi setiap anggota masyarakat kepada sistem dalam masyakatnya dan akibat yang dihasilkan terhadap orang lain. Fungsi pula membawa maksud tugas atau keadaan yang menyebabkan proses pengadaptasian dan penyelarasan kepada sesuatu sistem belaku. Kefungsian sosial pula secara keseluruhan membawa maksud satu aktiviti yang sangat penting dalam melengkapkan hubungan diantara komponen-komponen pengalaman sosial dalam kehidupan seharian. Kefungsian sosial memainkan peranan penting dalam aspek kehidupan seharian masyarakat di Malaysia. Tanpa kefungsian sosial ini, kehidupan masyarakat akan menjadi tidak teratur dan tidak stabil. Kefungsian sosial lebih melihat kepada bagaimana sesuatu proses sosialisasi itu member impak kepada persekitarannya. Komponen- komponen utama yang wajib ada untuk menilai sejauh mana keberkesanan kefungsian social itu adalah status sosial,rol sosial,kelompok social dan institusi sosial.






Kehidupan bersosial melahirkan masyarakat yang stabil,mantap,mempunyai tingkah laku tertentu dan boleh dijangka. Tingkah laku yang anjal juga tidak bermakna masyarakat hidup dalam kucar-kacir. Kefungsian sosial juga melihat kepada sudut yang pelbagai sebagai landasan untuk kerja menolong masyarakat dalam menyelesaikan masalah. Pada dasarnya, kefungsian sosial ini juga, melihat kepada seseorang individu itu memainkan peranan penting antara satu sama lain.













 
SOCIAL WORK TERRITORY - Wordpress Themes is proudly powered by WordPress and themed by Mukkamu Templates Novo Blogger