Penyalahgunaan Dadah dan Cara Mengatasi

1. Apa itu dadah?
Dadah ialah bahan kimia psikoaktif yang mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf seperti menyebabkan keadaan mabuk, khayal, ketagih, gangguan tingkahlaku dan sebagainya.Penggunaannya yang berterusan akan mendatangkan bahaya dan kerosakan kepada diri, keluarga, masyarakat, negara dan agama Islam.

2. Apakah penyalahgunaan dadah?
Penyalahgunaan dadah melibatkan perlakuan yang berulang-ulang atau penggunaan dadah yang berlebihan. Ia akan mendatangkan perasaan gembira melampau atau ketagih bertujuan lari daripada kenyataan.Penyalahgunaan dadah melibatkan pola songsang penyalahgunaan dadah yang akhirnya boleh mengganggu kehidupan seharian

3. Apakah penagihan dadah?
Penagihan dadah dikenali sebagai bergantung dengan dadah.
Penagihan dadah bermula apabila seseorang itu mula dengan pengambilan dadah . Contohnya:
i) Memerlukan dos yang lebih tinggi untuk mencapai
kesan yang diingini
ii) Mula menunjukkan sifat-sifat ketagih apabila
penggunaannya dihentikan
iii) Terpaksa meningkatkan jumlah dadah yang lebih
banyak dan tempoh penggunaan yang lebih lama

4. Jenis-jenis dadah:
Dadah boleh dibahagikan kepada tiga jenis utama, iaitu:
i) Depresan , ii) Stimulan dan iii)Halusinogen

5. Faktor-faktor pengambilan dadah:
-Ingin mencuba
-Terikut-ikut / pengaruh rakan,keluarga
-Bekalan dadah yang senang didapati
-Suasana semasa. Contohnya; kelab malam
-Tekanan / cabaran dalam kumpulan
-Bagi tujuan merawat
-Pengaruh media

6. Tanda dan gejala seseorang itu terlibat dalam penyalahgunaan dadah:
-Selalu ponteng sekolah, tidak hadir bekerja, mutu kerja menurun, hasil kerja merosot, kebersihan dan kesihatan diri tidak terurus.
-Tidak bermaya, selalu menguap, mengantuk, mudah marah, meradang tanpa sebab dan sembunyi-sembunyi bila melakukan sesuatu perkara.
-Lari dari tanggungjawab sehingga keluarga terbiar.
-Suka menjauhkan diri dari keluarga dan kawan rapat serta meninggalkan kegemaran sebelumnya .
-Selalu mengasingkan diri dari kelompok masyarakat dan soka bersendirian.
-Meminta wang berlebihan dan mengambil wang tanpa izin.
-Hilang selera makan.
-Parut atau bekas suntikan di lengan.

7. Cara Pencegahan:
i) Menimbulkan ketakutan
ii) Program berasaskan maklumat
iii) Pendekatan kemahiran hidup

- Kemahiran ketahanan sosial
i) Kesedaran tentang pengaruh sosial dadah
ii) Pengetahuan tentang pencegahan dadah
iii) Kemahiran untuk menolak penawaran

- Kemahiran pengurusan-diri
i) Penyelesaian-masalah dan membuat-keputusan
ii) Kemahiran mengubah sikap-diri
iii) Pengurusan tekanan dan kebimbangan

- Kemahiran sosial umum
i) Kemahiran komunikasi yang berkesan
ii) Kemahiran perbualan
iii) Kemahiran ketegasan

8. Pemulihan melibatkan prosedur rawatan seperti:
-Terapi dadah gantian
-Pengurusan tingkah laku
-Kaunseling
-Mencegah dari kembali menagih (relapse prevention)
-Latihan menjadi asertif
-Sokongan masyarakat
-Pengisian dan perlembagaan rohani
-Penjagaan berterusan adalah satu komponen yang penting dalam proses pemulihan dari ketagihan dadah.Ia memerlukan sokongan penuh dari keluarga dan masyarakat.

9. Kumpulan Sokongan:
Pusat pemulihan :
i) Agensi Anti Dadah Kebangsaan
ii) PEMADAM
iii) PENGASIH
Pakar sakit jiwa :
i) Pakar kaunseling penagihan dadah
ii) Pakar psikologi
Lain-lain :
i) Ibu bapa
ii) Guru

10. PEMADAM :
PEMADAM adalah singkatan dari Persatuan Mencegah Dadah Malaysia . Ia adalah satu pertubuhan sukarela yang ditubuhkan untuk menolong mereka yang bermasalah berbangkit daripada penggunaan dadah, untuk memberi tunjuk ajar kepada orang ramai mengenai bahaya-bahaya penggunaan dadah dan juga untuk mendapat kerjasama orang ramai dalam usaha membasmi dadah.

Misi :
i) Membasmi dadah adalah tanggungjawab kita bersama
ii) Kita perangi dadah habis habisan
Visi :
Negara bebas dadah 2015

Objektif Penubuhan:
i) Untuk bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri serta agensi-agensi mereka dan lain-lain badan dalam usaha untuk menghapuskan pengeluaran dan perniagaan dadah yang menyalahi undang-undang dan penggunaannya dalam apa-apa bentuk.
ii) Untuk membasmi serta menjalankan penyelidikan mengenai penggunaan dadah dan untuk membantu bekas-bekas penagih dadah melalui JAGAAN LANJUTAN.
iii) Untuk menyedarkan masyarakat akan bahaya penggunaan dadah dan melibatkan masyarakat dalam usaha mencegah penyalahgunaan dadah serta bekerjasama dengan Persatuan-persatuan dan badan yang mempunyai tujuan yang sama dengan Persatuan ini.
iv) Untuk melancarkan kegiatan-kegiatan Persatuan itu dalam peringkat Negeri dan Daerah dan memberi galakan serta bekerjasama dengan Persatuan-persatuan dan Badan-badan yang mempunyai tujuan yang sama dengan Persatuan ini.

Peranan PEMADAM:
i) Mendidik orang ramai mengenai bahaya penggunaan dadah melalui rancangan pencegahan, pendidikan dan penerangan.
ii) Mengumpul dan menyampaikan pendapat pakar-pakar mengenai penggunaan dadah dan menganjurkan seminar, majlis dialog, forum dan kursus-kursus.
iii)Membantu dalam menyediakan perkhidmatan kaunseling.
iv) Bekerjasama dengan Jabatan-Jabatan kerajaan yang bersangkutan dan lain-lain pertubuhan sukarela dalam usaha mencegah penggunaan dadah.

Tuesday, October 13, 2009

0 Comments:

 
SOCIAL WORK TERRITORY - Wordpress Themes is proudly powered by WordPress and themed by Mukkamu Templates Novo Blogger