CABARAN KEBAJIKAN SOSIAL HARI INI DAN MASA DEPAN



Kebajikan membawa istilah yang luas akan pengertiannya, konsep kebajikan social meliputi dan merangkumi maksud kerja yang baik, tidak terhad kepada sesuatu kerja sahaja. Zastrow (2000) mendefinisikan bahawa kebajikan sebagai “ usaha untuk merubah atau meningkatkan keadaan sejahtera, baik dari segi fizikal, mental dan sosial ”. Isu dalam kebajikan sosial merupakan agenda utama yang masih membelenggu kehidupan sebahagian masyarakat di kebanyakan Negara menbangun dan mundur. Konsep kebajikan social berkait rapat dengan system institusi sosial dalam masyarakat

Antara cabaran yang dipertahan oleh institusi kebajikan sosial terhadap halangan yang dihadapi untuk hari ini dan masa hadapan ialah dari segi masalah globalisasi. Perkataan globalisasi dirujuk kepada fundamental, skala besar, pantas dan sangat kompleks dalam perubahan sosial. Sesetengah berpendapat globalisasi adalah proses di mana politik, sosial, ekonomi dan budaya meningkat seiring dengan pembesaran skala globalisasi.

Selain itu, cabaran yang dihadapi dalam kebajikan social ini dari aspek masalah sosial masyarakat yang melanda hari ini. Masalah sosial sekian hari semakin mencabar untuk di perbaiki. Masyarakat kerap didedahkan kepada pelbagai masalah sosial dalam kehidupan harian yang melibatkan semua lapisan masyarakat. Masalah-masalah sosial seperti kes penderaan, lari dari rumah, penagihan dadah, sumbang mahram, keganasan rumahtangga, pelakuan devian di kalangan remaja, pelacuran, perceraian dan sebagainya. Setiap permasalahan sosial yang berlaku akan memberikan kesan negatif serta menjejaskan bebanan kos sosial yang tinggi, Justeru itu, adalah wajar dilihat bahawa cabaran yang dihadappi oleh kebajikan sosial mengatasi isu-isu yang melanda hari ini dan pada masa akan datang. Kita tidak mengetahui sejauh mana masalah social akan timbul pada masa hadapan. Oleh itu, sebagai pekerja sosial yang professional perlukan aktif dalam melibatkan diri dalam isu-isu yang melanda.

Cabaran yang dihadapi dari aspek politik, Lazimnya, aktiviti mengenal pasti isu, keperluan atau masalah sosial yang wujud. Masa dan mengambil proses intervensi yang terhad untuk mengenal pasti isu atau masalah sosial yang berlaku yang berlaku. Ini menyebabkan keputusan yang dibuat dengan segera. Masa yang terhad untuk mengenal pasti masalah yang berlaku menyebabkan isu dan masalah social tersebut cenderung untuk disilap tafsir atau kurang difahami. Ini seterusnya menyebabkan program,strategik dan aktiviti pencelahan yang “salah” , kuraang atau tidak berkesan untuk bertindak balas dengan masalah dirancang. Keadaan ini menyebabkan kegagalan dasar yang dibentuk untuk mengatasi masalah yang wujud akibat daripada salah tafsir dalam dasar-dasar yang dibuat.

Ekonomi adalah salah satu cabaran yang dihadapi dalam kebajikan social pada hari ini. Ekonomi adalah aspek yang penting dalam membentuk sesebuah Negara dan masyarakat yang dapat memenuhi keperluan hidup. Jika sesebuah Negara mempunyai kadar ekonomi yang lembap, ini akan member kesan negatif kepada masyarakat serta pembangunan Negara. Masalah yang biasa dihadapi dalam kebajikan adalah peruntukkan kewangan untuk kebajikan sosial dalam membantu masyarakat yang miskin dan daif. Kelembapan ekonomi telah memjejaskan fungsi dan tujuan pekerja sosial untuk memberi bantuan kepada meraka yang perlukan pertolongan.

Masalah Kemiskinan mutlak di Negara membangun,Kemiskinan mutlak di negara dunia ketiga berlaku seiring dengan masalah-masalah ketidakseimbnagan dalam keadaan tempat tinggal, peluang mendapat pekerjaan, ketersediaan perkhidmatan dan sumber-sumber sosial yang lain. Walaupun kemajuan sains dan teknologi telah memperbaiki sedikit sebanyak permasalahan di atas, namun masih ramai penduduk dunia yang masih dibelenggu dalam perangkap kemiskinan akibat daripada perubahan ekonomi dan sosial, pertumbuhan penduduk, perbandaran dan kemusnahan dalam sistem bantuan dan sistem cukup hidup tradisional.

Sebagai sebuah institusi sosial yang proaktif, kebajikan sosial seharusnya sentiasa memantau keadaan sosial yang berisiko untuk menjadi masalah sosial. ini boleh dilakukan dengan cara menganjur, mencelah dan mencegah indicator- indicator sosial berisiko yang boleh meletakkan masyarakat dalam keadaan yang merbahaya. Hal ini mampu mengahapuskan masalah yang timbul dan dapat menangani masalah dengan lebih efektif.

Secara keseluruhan dapat dilihat bahawa, terdapat banyak halangan serta cabaran yang perlu dilalui oleh pekerja sosial untuk menyelesaikan masalah masyarakat sekarang serta kankangan daripada beberapa pihak.

Sumber:
http://www.jkm.gov.my
http://www.adk.gov.my
http://pkukmweb.ukm.my
http://socialworkprn.com

Monday, August 31, 2009

TINGKAH LAKU NON VERBAL

Komunikasi nonverbal adalah proses komunikasi dimana pesanan disampaikan tidak menggunakan kata-kata. Contoh komunikasi nonverbal ialah menggunakan gerak isyarat, bahasa tubuh, ekspresi wajah dan ekspresi mata, penggunaan objek seperti pakaian, potongan rambut, dan sebagainya, simbol-simbol, serta cara berbicara seperti intonasi, penekanan, suara, gaya emosi, dan gaya berbicara.

Para ahli di bidang komunikasi nonverbal biasanya menggunakan definisi "tidak menggunakan kata" dengan ketat, dan tidak menyamakan komunikasi non-verbal dengan komunikasi nonlisan. Contohnya, bahasa isyarat dan tulisan tidak dianggap sebagai komunikasi nonverbal kerana menggunakan kata, sedangkan intonasi dan gaya berbicara tergolong sebagai komunikasi nonverbal. Komunikasi nonverbal juga berbeza dengan bawah sedar, yang dapat seperti komunikasi verbal ataupun nonverbal.



Jenis-jenis komunikasi nonverbal

Komunikasi objek

Komunikasi objek yang paling umum adalah penggunaan pakaian. Orang sering dinilai dari jenis pakaian yang digunakannya, walaupun ini dianggap termasuk salah satu bentuk stereotipe. Misalnya orang sering lebih menyukai orang lain yang cara berpakaiannya menarik. Selain itu, dalam wawancara pekerjaan seseorang yang berpakaian cenderung lebih mudah mendapat pekerjaan daripada yang tidak. Contoh lain dari penggunaan komunikasi objek adalah seragam.

Sentuhan


Haptik adalah bidang yang mempelajari sentuhan sebagai komunikasi nonverbal. Sentuhan dapat termasuk: bersalaman, menggenggam tangan, berciuman, sentuhan di punggung, mengelus-elus, pukulan, dan lain-lain. Masing-masing bentuk komunikasi ini menyampaikan pesan tentang tujuan atau perasaan dari sang penyentuh. Sentuhan juga dapat menyebabkan suatu perasaan pada sang penerima sentuhan, baik positif ataupun negatif.

Kronemik

Kronemik adalah bidang yang mempelajari penggunaan waktu dalam komunikasi nonverbal. Penggunaan waktu dalam komunikasi nonverbal meliputi semua yang dianggap sesuai bagi suatu aktiviti, kebanyakan aktiviti yang dianggap patut dilakukan dalam jangka waktu tertentu, serta ketepatan waktu (punctuality).

Gerakan tubuh

Dalam komunikasi nonverbal, kinesik atau gerakan tubuh meliputi kontrak mata, ekspresi wajah, isyarat, dan sikap tubuh. Gerakan tubuh biasanya digunakan untuk menggantikan suatu kata atau frasa, misalnya mengangguk untuk mengatakan ya; untuk mengilustrasikan atau menjelaskan sesuatu; menunjukkan perasaan, misalnya memukul meja untuk menunjukkan kemarahan; untuk mengatur atau menngendalikan jalannya percakapan; atau untuk melepaskan ketegangan.

Vokalik

Vokalik atau paralanguage adalah unsur nonverbal dalam suatu ucapan, iaitu cara percakapan. Ilmu yang mempelajari hal ini disebut paralinguistik. Contohnya adalah nada percakapan, nada suara, keras atau lemahnya suara, intonasi, dan lain-lain. Selain itu, penggunaan suara-suara pengisian seperti "mm", "e", "o", "um", semasa bercakap juga tergolong unsur vokalik, dan dalam komunikasi yang baik hal-hal seperti ini harus dihindarkan.

Lingkungan

Lingkungan juga dapat digunakan untuk menyampaikan pesanan tertentu. Diantaranya adalah penggunaan ruang, jarak, temperatur, penerangan, dan warna.

Cara mengendalikan kes klien kaedah komunikasi non verbal

Sepanjang perbualan dalam sesi intervensi kemahiran mendengar merupakan asas terpenting.Ia juga merupakan prasyarat untuk menjadi seorang pekerja sosial yang baik.Selain mendengar, pekerja sosial juga membuat perhubungan melalui lisan dan juga memerhati keserasian tingkah laku non verbal klien. Kepercayaan pekerja sosial terhadap apa yang diperkatakan oleh klien akan menjadikan sesuatu sesi itu lebih bermakna.Bagaimanakah melayani tingkahlaku dapat membantu klien menyelesaikan
masalahnya.

Seseorang pekerja sosial perlu menggalakkan klien untuk berbicara dan meluahkan apa yang terbuku di dalam hatinya.Melalui cara begini klien akan lebih mudah mesra.Galakan berbicara sebenarnya merupakan gerbang ke arah penerokaan diri klien.Dengan memberikan galakan kepada klien untuk bercakap juga sebenarnya memudahkan klien untuk mengenal pasti permasalahan sebenar yang dihadapinya.Ini disebabkan melalui percakapan segala input berkaitan terpendam dalam unconscious klien akan dapat diluahkan tanpa sedar dan ini akan memudahkan pekerja sosial untuk memproses persoalan tersebut.

Beberapa skil dalam komunikasi diperlukan untuk menjadikan sesuatu sesi itu lebih berjaya.Antaranya ialah kontak mata,kualiti suara,dan bahasa badan.Seseorang pekerja sosial itu harus bijak dan seharusnya mahir untuk menggunakan skil tersebut kerana ia banyak membantu pekerja sosial dalam proses menolong klien.Kalau ditelusuri satu persatu di mana semasa bersesi pekerja sosial harus memberikan perhatian kepada sesi dan klien dengan memberikan tumpuan terhadap apa yang diperbincangkan dengan melihat klien.Bahasa yang jelas amat diperlukan agar klien dapat memahami apa yang diperkatakan oleh kaunselor serta pekerja sosial harus memerhatikan bahasa badan klien :adakah ia selaras dengan apa yang diperkatakan oleh klien tersebut. Jika terdapat bebrapa ketidakselarasan antara apa yang diperkatakan oleh klien dengan bahasa badan yang ditunjukkan pekerja sosial boleh mengkonfran klien untuk mendapatkan kepastian tentang kebenaran perkara yang diperbincangkan.

Cara mengendalikan klien yang kurang upaya kaedah non verbal

Pada dasarnya teknik dan cara yang digunakan dalam menghadapi klien kurang upaya adalah sama ,cuma dalam hal ini pekerja sosial perlu menggunakan kebijaksanaan untuk melakukan sedikit pengubahsuaian atau modifikasi agar sesi yang dijalankan dapat dimanfaatkan oleh klien tersebut.Membuat sesi dengan orang buta memerlukan pekerja sosial untuk memahami bahawa klien tidak dapat melihat segala tingkah laku kaunselor kerana klien akan lebih memberikan penekanan terhadap penekanan suara kaunselor.Berhadapan dengan orang pekak memerlukan pekerja sosial menggunakan penterjemah agar sesi yang berlangsung dapat difahami dan berjalan dengan mudah.Disamping itu pekerja sosial perlu memerhati segala non verbal yang ditunjukkan oleh klien.

Untuk menghadapi klien yang cacat anggota fizikal pekerja sosial perlu melayan mereka sepeti orang biasa dan tidak menggolongkan mereka sebagai golongan bermasalah keranan mereka adalah sama seperti orang normal dari segi pemikiran dan perasaan.Perkara yang membezakan golongan ini ketiadaan anggota fizikal yang mungkin menghalang mereka untuk melakukan pergerakan atau apa-apa urusan dengan mudah.
Dalam melayani klien,kaunselor perlu memikirkan beberapa perkara penting agar sesi yang berlangsung akan lebih berkesan.Kontak mata memainkan pernanan yang penting kerana ia banyak mempengaruhi sesi.Melalui kontak mata seseorang pekerja sosial boleh mengenal pasti sama ada klien bercakaap benar atau sebaliknya.Melalui kontak mata juga kita dapat mengenalpasti adakah klien berminat dengan sesi atau tidak.Walaubagai mana pun kontak mata ini bergantung kepada budaya kerana pekerja sosial harus memahami bahawa setiap budaya itu adalah unik.

Seterusnya pekerja sosial juga perlu memerhatikan dan menanggap nada atau kualiti suara yang dikeluarkan oleh klien .Kualiti Suara juga bermaksud tekanan suara yang tinggi dan rendah. pekerja sosial dapat mengagak tahap keseriusan masalah yang dihadapi klien berdasarkan tahap kualiti suara yang diujarkan.


Sumber rujukan:
http://teddykw1.wordpress.com/2008
http://id.wikipedia.org/wiki/Komunikasi_nonverbal
Basic advising and counseling (DR Mansor Abu Talib ,UPM

Thursday, August 27, 2009

Isu Penyalahgunaan Dadah


Setiap tahun bilangan penagih kian bertambah
sedangkan yang sedia menagih tidak pula

berkurangana atau sembuh








Julat umur yang paling ramai terlibat
dengan penyalahgunaan dadah adalah
pada usia remaja dan belia









Dadah juga boleh membawa kepada
masalah sosial yang lain seperti zina
















Friday, August 7, 2009

Isu Lumba Haram dan Remaja Rempit




Remaja melihat lumba motosikal ini satu jalan mudah untuk menyelesaikan masalah kerana terutama masalah keluarga dan sekolah serta masa depan mereka.








Gejala Mat Rempit yang semakin membimbangkan dan perlu ditangani segera sebelum ia menjadi `wabak" yang mengundang pelbagai masalah lain dalam masyarakat.










Rata-rata yang terbabit dalam kegiatan merempit ini adalah golongan remaja. Mereka adalah modal insan yang merupakan aset penting negara di masa hadapan. Jika tidak dibimbing halatuju dan ditentukan masa depan, mereka bukan saja menjadi anggota masyarkat yang tidak berguna, tetapi juga akan menjadi beban kepada kerajaan akhirnya nanti.

Wednesday, August 5, 2009

Isu Kemiskinan




Kebuluran merupakan
salah satu kesan daripada masalah kemiskinan yang tidak dibendung.








Kanak-kanak dari keluarga yang miskin
terbiar dan terpinggir dari segi aspek
sosial, pendidikan dan kesihatan










Penduduk miskin memerlukan bantuan yang sewajarnya bagi membantu meningkatkan kualiti hidup sesebuah keluarga

Tuesday, August 4, 2009

Kerja sosial kumpulan dan individu (perancangan kewangan)

SITUASI KEADAAN : MASALAH KEWANGAN BAGI ISI RUMAH YANG BERPENDAPATAN RM3000.00, MENETAP DI KUALA LUMPUR, 2 ORANG ANAK DAN BERSEKOLAH RENDAH DAN TADIKA.

Keperluan asas meliputi 55% daripada jumlah pendapatan, hiburan dan simpanan / pelaburan meliputi 10% daripada jumlah pendapatan yang diperolehi setiap bulan. Pendidikan pula meliputi 13% manakala kecemasan meliputi 12% daripada jumlah pendapatan yang diperolehi daripada setiap bulan.
Tips adalah satu panduan untuk masyarakat yang tinggal di sekitar Lembah Klang yang ingin membuat peberlanjaan dan simpanan bagi satu keluarga yang mempunyai anak antara 2 – 3 orang.
Pelaburan dari segi simpanan kewangan dalam tabung adalah sangat penting bagi mengelakan daripada berlaku sesuatu diluar jangkaan kita sendiri.
Oleh itu, setiap individu perlu mangambil inisiatif untuk membuat perancangan kewangan untuk diri sendiri dan juga keluarga.

PERANCANGAN KEWANGAN EKONOMI ISI RUMAH

Keperluan asas 55 % : meliputi bil RM200, sewa RM400,makan dan minum RM400, Kereta RM400(kereta sederhana) dan peralatan rumah RM250.

Hiburan 10% : meliputi bersantai dan berkelah sebanyak RM300.

Simpanan / pelaburan 10% : ASB, Insurans dan simpanan dalam akaun Tabung Haji sebanyak RM300.

Pendidikan 13% : sekolah , tambang bas sekolah,yuran persekolahan,peralatan sekolah seperti buku dan lain-lain sebanyak RM400.

Kecemasan 12% : meliputi tanggungan kepada ibubapa, kereta rosak, kesihatan sebanyak RM350

sumber rujukan : financial planing in global marketing (Benjamin Chan UPM)

Ciri-ciri dan keadah menjadi seorang Fasilitator

Seorang fasilitator adalah seseorang yang membantu sekumpulan orang memahami objektif-objektif biasa mereka dan membantu mereka bagi merancang bagi mencapai mereka tanpa mengambil satu kedudukan tertentu dalam perbincangan. Pemudah itu akan cuba untuk membantu kumpulan dalam mencapai satu konsensus pada sebarang percanggahan yang wujud terlebih dahulu atau muncul dalam mesyuarat itu supaya ia mempunyai satu asas kukuh untuk tindakan masa depan.
Peranan telah disamakan yang seorang bidan yang membantu dalam proses kelahiran itu tetapi bukan pengeluar hasil. Seorang fasilitator adalah seorang individu yang bekerja adalah bagi membantu untuk menguruskan satu proses pertukaran maklumat.

Tugas Fasilitator adalah memudahkan proses perbincangan supaya dapat berjalan dengan lebih lancar dan licin. Oleh itu ia memerlukan kepada pemerhatian, menasihati, membantu, membimbing dan kaunseling secara maksimum. Seseorang yang berminat menjadi fasilitator mesti memahami dengan mendalam sama ada dari segi teknikal mahupun konsep dan etika . Penting bagi seorang fasilitator memperbanyakkan pembacaan dalam apa jua jenis bahan pembacaan.
Perlu diingat kehadiran fasilitator bukannya mengubah hidup seseorang. Ia hanya satu sistem bagi membantu mengubah minda dan menangani aspek-aspek kehidupan mereka yang jumud, dan membantu mereka mendapatkan sesuatu yang mereka ingini dalam hidup mereka.Fasilitator adalah agen perubahan.

Proses Transformasi
Proses transformasi ini dapat dibahagikan kepada tiga kategori aktiviti, iaitu:

1. Penerokaan
- Satu aktiviti yang menumpukan kepada penerokaan berhubung apa yang ada di sana, menyingkap representasi diri individu ke atas dunia sekeliling.
- Ianya juga adalah suatu proses mengenali diri sendiri dan jenis-jenis persepsi dan pengetahuan yang ada untuknya.

2.Penjelasan
- Penjelasan ialah aktiviti mengenali dan meneutralkan kepincangan atau sebarang representasi luaran.
- Memberikan jawapan ke atas persoalan-persoalan yang mungkin mengganggu minda individu.
- Mengembalikan seseorang individu yang mungkin terhanyut pemikirannya ke jalan yang benar.

3.Programing
- Programing adalah suatu aktiviti yang secara langsung membentuk peribadi individu ke arah yang lebih baik.
- Dilakukan dengan cara menekankan kepada kehendak sebenar seseorang individu dan membantu menjadikannya lebih realiti.
- Memperkukuhkan lagi sifat-sifat dan kebolehan yang diingini oleh seseorang individu.

Fasilitator Muslim:

# Fasilitator Muslim adalah insan yang mempunyai kesedaran berbakti kepada masyarakat dan Islam sebagai salah satu daripada pelaburan amal jariahnya.
# Fasilatator Muslim sedar tanggungjawabnya di dunia ini sebagai khalifah dan hamba Allah.
# Fasilitator muslim mengamalkan cara hidup Islam ke arah yang terbaik dan sentiasa mempertingkatkan diri dengan kemahiran-kemahiran dan pengetahuan am terkini yang diperlukan bagi memastikan ia dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan baik dan sempurna.
# Fasilitator Muslim sedar dia juga adalah seorang dai’e atau pendakwah dan adalah teladan kepada ahli kumpulan LDK.
# Fasilitator Muslim tidak seharusnya berpura-pura. Segala yang disampaikan kepada ahli kumpulan LDK mesti ikhlas dan benar.
# Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud, “Sesungguhnya kebenaran sama ada ucapan ataupun perbuatan membawa kepada kebaikan dan kebaikan pula membawa ke syurga.Seseorang selalu bersifat benar sehingga ditulis di sisi Allah sebagai seorang yang benar. Sesungguhnya pembohongan membawa kepada kejahatan dan kejahatan pula membawa ke neraka. Seseorang selalu berbohong sehingga dia ditulis di sisi Allah sebagai pembohong”.
# Tugas dan tanggungjawab seorang Fasilitator Muslim tidak terbatas dalam kumpulan LDK sahaja,
# Ia merangkumi kehidupan harian beliau kerana insan yang dilabelkan sebagai Fasilatator Muslim sentiasa menjadi perhatian sebagai insan teladan kepada masyarakat sekelilingnya.
# Fasilatator Muslim semestinya faham peranan, tanggungjawab, etika dan tatasusila serta bersedia menimba ilmu sebanyak mungkin.

Peranan Fasilitator :
1. Dai’e
2. Penasihat
3. Naqibah
4. Kaunselor
5. Sahabat
6. Pemerhati
7. Jurulatih
8. Ejen Perubah

Antara beberapa syarat yang mesti dibina dan digarap dalam diri seseorang fasilitator iaitu :


1. Sikap
Jelas Matlamat Hidup - penting bagi Fasilitator Muslim memastikan hala tuju atau sense of direction dalam kehidupan. Tanpa penjelmaan matlamat hidup seseorang itu mudah merasa kecewa, putus asa dan lari dari perjuangan . Husnu Zan (Berperasangka baik dengan kejernihan hati) Fasilatator perlu bersangka baik kepada setiap orang yang ditemui bahawa orang tersebut berpotensi menjadi seorang hamba Allah yang taan dan cemerlang dunia dan akhirat.

Pro aktif , membina kemampuan membentuk suasana dan bukan dibentuk oleh suasana. Pengurusan pribadi yang berkesan ,Fasilatator perlu mengatur dengan sebaiknya, jadual harian, serta keutamaan-keutamaan dalam tindakan .Kemampuan berkomunikasi yang berkesan Penting dalam perkongsian idea dan pengalaman. Mempertingkatkan daya perjuangan , ini dapat dilakukan dengan menyertai aktiviti-aktiviti yang sihat, berpersatuan serta bergaul dengan rakan-rakan yang konstruktif serta banyak membaca .Sabar adalah ciri fasilitator yang mesti digarap dan mempunyai tahap kesabaran yang tinggi .

Punya prinsip sinergi iaitu mempunyai kemampuan dalam kumpulan atau amal jama’ie kerana bekerja dalam kumpulan dapat mewujudkan persefahaman, bermasyarakat serta memberikan impak yang lebih baik . Ihsan , hari ini lebih baik dari semalam. Sikap optimis amat penting bagi Fasilitatos. Malahan kita berusaha supaya esok lebih baik dari hari ini. Sikap ini memerlukan prosesyang berterusan dan melibatkan refomasi (islah). Berfikiran terbuka, Fasilitator mesti berfikiran terbuka supaya dapat menerima pendapat ahli kumpulan dan sahabat lainnya


2.Kreatif

Kreativiti adalah kuasa atau kebolehan mencipta iaitu menggunakan kepakaran dan kelainan dalam mencapai satu-satu objektif. Kreativiti memerlukan jalinan keaslian dan imiginasi dalam menghadapi satu-satu situasi. Berfikiran kreatif memerlukan satu proses yang halus dalam membaca dan menganalisis imaginasi atau pemikiran seseorang dan memantau ke seluruh spektrum pengetahuan dan pengalaman seseorang.


3. Kestabilan Emosi
Tidur yang cukup ,pemakanan yang baik dan sempurna ,riadah dan senaman yang konsisten, belajar mengenali saat-saat tertentu (bagi wanita yang tidak dapat lari daripada gangguan emosi secara biologi-cuba belajar berfikir dan bertindak secara rasional),kepercayaan dalam agama masing-masing sangat konsisten dalam kehidupan seharian dapat menguatkan rohani kita seterusnya menstabilkan emosi kita , penyediaan bahan dan material yang lengkap beserta dengan bahan alternatif, sentiasa bertenang dan fikirkan berhubung perkara-perkara yang positif sahaja


4.Berkemahiran
i) Berkemahiran maksudnya mempunyai kebolehan dalam :
ii) Kemahiran dorongan
iii)Kemahiran membuat keputusan
iv) Kemahiran kaunseling
v) Kemahiran penyelesaian masalah
vi) Kemahiran memberi dan menerima maklum balas
Di samping itu ada tiga kemahiran yang amat utama dalam membina kewibawaan diri iaitu:
Kemahiran Komunikasi
Kepimpinan
Personaliti

5. Berilmu , adalah salah satu faktor yang penting untuk menjadi seorang fasilitator yang baik, bagus dan boleh membantu masyarakat dalam menyelesaikan masalah.

Etika Fasilitator:
1. Menghormati autonomi
2. Tidak Mengganggu insan lain
3. Mementingkan insan lain
4. Adil
5. Setia dan amanah


Monday, August 3, 2009

MAKSUD KEFUNGSIAN SOSIAL


Kefungsian membawa maksud tujuan atau tugas tertentu bagi setiap anggota masyarakat kepada sistem dalam masyakatnya dan akibat yang dihasilkan terhadap orang lain. Fungsi pula membawa maksud tugas atau keadaan yang menyebabkan proses pengadaptasian dan penyelarasan kepada sesuatu sistem belaku. Kefungsian sosial pula secara keseluruhan membawa maksud satu aktiviti yang sangat penting dalam melengkapkan hubungan diantara komponen-komponen pengalaman sosial dalam kehidupan seharian. Kefungsian sosial memainkan peranan penting dalam aspek kehidupan seharian masyarakat di Malaysia. Tanpa kefungsian sosial ini, kehidupan masyarakat akan menjadi tidak teratur dan tidak stabil. Kefungsian sosial lebih melihat kepada bagaimana sesuatu proses sosialisasi itu member impak kepada persekitarannya. Komponen- komponen utama yang wajib ada untuk menilai sejauh mana keberkesanan kefungsian social itu adalah status sosial,rol sosial,kelompok social dan institusi sosial.






Kehidupan bersosial melahirkan masyarakat yang stabil,mantap,mempunyai tingkah laku tertentu dan boleh dijangka. Tingkah laku yang anjal juga tidak bermakna masyarakat hidup dalam kucar-kacir. Kefungsian sosial juga melihat kepada sudut yang pelbagai sebagai landasan untuk kerja menolong masyarakat dalam menyelesaikan masalah. Pada dasarnya, kefungsian sosial ini juga, melihat kepada seseorang individu itu memainkan peranan penting antara satu sama lain.













Kebajikan Sosial Dalam Konsep Satu Malaysia


1 Malaysia membawa aspirasi untuk memperbaiki hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat. Perkara asas yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati, keikhlasan dan sikap saling mempercayai antara kaum. ‘1 Malaysia’ juga akan mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat sebagai mana slogan YAB Perdana Menteri iaitu ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’.

‘1 Malaysia’ memerlukan kepimpinan dan rakyat yang berintegriti tinggi. Sifat jujur, berkebolehan, bercakap benar, telus, ikhlas dan amanah amat penting untuk melaksanakan tanggungjawab kepada negara.

Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan agama perlu menganggap diri mereka sebagai bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai satu matlamat. Sejajar dengan ini, perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu diperkukuhkan lagi bagi mewujudkan suasana negara yang lebih aman, maju, selamat dan makmur.

Kebajikan sosial sangat sentiasa dikaitkan dengan bentuk pertolongan utama yang sangat diperlukan oleh masyarakat, bagi meneruskan kehidupan dengan baik ekoran perubahan persekitaran ekomoni dan social. Hal ini adalah bertepatan dengan perubahan yang berlaku ekoran daripada dasar yang di gubal untuk memastikan semua rakyat Malaysia dapat menikmati semua perubahan yang berlaku.

Isu kebajikan social merupakan agenda utama yang masih membelenggu kehidupan sebahagian masyarakat di Negara membangun termasuk Malaysia. Kebanyakan isu yang dibincangkan dalam kebajikan sosial di Malaysia yang perlu di ambil perhatian. Tindakan ini kerana, ada segelintir masyarakat di Malaysia yang tidak sedar dan prihatin akan isu-isu ini dan beranggapan ianya tidak penting. Antara isu yang membelenggu masyarakat adalah masalah kemiskinan rakyat dan juga masalah kemunduran yang tidak pernah habis diperkatakan terutamanya bagi yang tinggal di luar bandar dan pinggir Bandar.

Masalah yang menimpa segelintir masyarakat ini adalah kerana, kebajikan mereka tidak dijaga dan di titik beratkan dengan baik. Kemungkinan besar, masalah ini berpunca daripada ada segelintir sikap masyarakat Malaysia yang tidak mengambil perhatian akan kebajikan mereka ini dan jauh berada di luar Bandar. Antara isu-isu lain adalah seperti masalah penderaan kanak-kanak, budaya kuning,penyalahgunaan dadah, dan gejala- gejala social yang kurang sihat yang semakin membimbangkan adalah kerana penglibatan golongan muda yang sepatutnya menjadi pelapis kepada pemimpin-pemimpin negara pada masa hadapan.

NILAI-NILAI 1 MALAYSIA

Terdapat lapan nilai yang diterapkan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam konsep ‘1 Malaysia’. Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatu padukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara. Lapan nilai-nilai tersebut adalah:

1. Budaya kecemerlangan
2. Ketabahan
3. Rendah hati
4. Penerimaan
5. Kesetiaan
6. Meritokrasi
7. Pendidikan
8. Integriti

Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatu padukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara. Melalui konsep ‘1 Malaysia’ ini tidak akan wujud perasaan tidak berpuas hati kepada mana-mana kaum kerana semua rakyat adalah Bangsa Malaysia dan Rakyat Malaysia yang mempunyai satu hala tuju dan cita rasa untuk bersama memajukan negara.

Pembinaan negara bangsa bagi sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia adalah amat penting terutama dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia tetapi juga sistem nilai, budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan kesetiaan.Sesungguhnya semua rakyat Malaysia perlu mendasari prinsip-prinsip utama 1 Malaysia iaitu kebersamaan (togetherness) dan kekitaan (sense of belonging) bagi menjayakan konsep ini.

Konsep Satu Malaysia yang telah di suarakan oleh Perdana Menteri kita dengan matlamat "Rakyat didahulukan dan Pencapaian diutamakan" adalah amat bersesuaian dalam menjaga kepentingan masyarakat untuk menjadikan kehidupan rakyat lebih terjamin. Ini kerana, dengan masalah ekonomi yang sedang di alami oleh negara kita telah menyebabkan peningkatan kos sara hidup yang tinggi sekaligus meningkatkan jumlah rakyat yang miskin dalam negara kita. Perpaduan antara semua kaum yang terdapat di negara ini adalah penting dalam menjamin masa depan bersama seterusnya dapat mencapai matlamat sebenar konsep ini.

Seperti yang dinyatakan oleh Dato' Sri Mohd Najib Tun Hj. Abdul Razak, "Konsep 1MALAYSIA adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, dengan berteraskan beberapa nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Dengan kata lain, konsep ini digagaskan sebgai satu formula yang akan membantu memastikan aspirasi negara iaitu Wawasan 2020 tercapai jika ia diterapkan ke dalam sanubari rakyat dan diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat".

Sunday, August 2, 2009

 
SOCIAL WORK TERRITORY - Wordpress Themes is proudly powered by WordPress and themed by Mukkamu Templates Novo Blogger