Kebajikan Sosial Dalam Konsep Satu Malaysia


1 Malaysia membawa aspirasi untuk memperbaiki hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat. Perkara asas yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati, keikhlasan dan sikap saling mempercayai antara kaum. ‘1 Malaysia’ juga akan mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat sebagai mana slogan YAB Perdana Menteri iaitu ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’.

‘1 Malaysia’ memerlukan kepimpinan dan rakyat yang berintegriti tinggi. Sifat jujur, berkebolehan, bercakap benar, telus, ikhlas dan amanah amat penting untuk melaksanakan tanggungjawab kepada negara.

Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan agama perlu menganggap diri mereka sebagai bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai satu matlamat. Sejajar dengan ini, perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu diperkukuhkan lagi bagi mewujudkan suasana negara yang lebih aman, maju, selamat dan makmur.

Kebajikan sosial sangat sentiasa dikaitkan dengan bentuk pertolongan utama yang sangat diperlukan oleh masyarakat, bagi meneruskan kehidupan dengan baik ekoran perubahan persekitaran ekomoni dan social. Hal ini adalah bertepatan dengan perubahan yang berlaku ekoran daripada dasar yang di gubal untuk memastikan semua rakyat Malaysia dapat menikmati semua perubahan yang berlaku.

Isu kebajikan social merupakan agenda utama yang masih membelenggu kehidupan sebahagian masyarakat di Negara membangun termasuk Malaysia. Kebanyakan isu yang dibincangkan dalam kebajikan sosial di Malaysia yang perlu di ambil perhatian. Tindakan ini kerana, ada segelintir masyarakat di Malaysia yang tidak sedar dan prihatin akan isu-isu ini dan beranggapan ianya tidak penting. Antara isu yang membelenggu masyarakat adalah masalah kemiskinan rakyat dan juga masalah kemunduran yang tidak pernah habis diperkatakan terutamanya bagi yang tinggal di luar bandar dan pinggir Bandar.

Masalah yang menimpa segelintir masyarakat ini adalah kerana, kebajikan mereka tidak dijaga dan di titik beratkan dengan baik. Kemungkinan besar, masalah ini berpunca daripada ada segelintir sikap masyarakat Malaysia yang tidak mengambil perhatian akan kebajikan mereka ini dan jauh berada di luar Bandar. Antara isu-isu lain adalah seperti masalah penderaan kanak-kanak, budaya kuning,penyalahgunaan dadah, dan gejala- gejala social yang kurang sihat yang semakin membimbangkan adalah kerana penglibatan golongan muda yang sepatutnya menjadi pelapis kepada pemimpin-pemimpin negara pada masa hadapan.

NILAI-NILAI 1 MALAYSIA

Terdapat lapan nilai yang diterapkan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam konsep ‘1 Malaysia’. Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatu padukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara. Lapan nilai-nilai tersebut adalah:

1. Budaya kecemerlangan
2. Ketabahan
3. Rendah hati
4. Penerimaan
5. Kesetiaan
6. Meritokrasi
7. Pendidikan
8. Integriti

Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatu padukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara. Melalui konsep ‘1 Malaysia’ ini tidak akan wujud perasaan tidak berpuas hati kepada mana-mana kaum kerana semua rakyat adalah Bangsa Malaysia dan Rakyat Malaysia yang mempunyai satu hala tuju dan cita rasa untuk bersama memajukan negara.

Pembinaan negara bangsa bagi sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia adalah amat penting terutama dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia tetapi juga sistem nilai, budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan kesetiaan.Sesungguhnya semua rakyat Malaysia perlu mendasari prinsip-prinsip utama 1 Malaysia iaitu kebersamaan (togetherness) dan kekitaan (sense of belonging) bagi menjayakan konsep ini.

Konsep Satu Malaysia yang telah di suarakan oleh Perdana Menteri kita dengan matlamat "Rakyat didahulukan dan Pencapaian diutamakan" adalah amat bersesuaian dalam menjaga kepentingan masyarakat untuk menjadikan kehidupan rakyat lebih terjamin. Ini kerana, dengan masalah ekonomi yang sedang di alami oleh negara kita telah menyebabkan peningkatan kos sara hidup yang tinggi sekaligus meningkatkan jumlah rakyat yang miskin dalam negara kita. Perpaduan antara semua kaum yang terdapat di negara ini adalah penting dalam menjamin masa depan bersama seterusnya dapat mencapai matlamat sebenar konsep ini.

Seperti yang dinyatakan oleh Dato' Sri Mohd Najib Tun Hj. Abdul Razak, "Konsep 1MALAYSIA adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, dengan berteraskan beberapa nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Dengan kata lain, konsep ini digagaskan sebgai satu formula yang akan membantu memastikan aspirasi negara iaitu Wawasan 2020 tercapai jika ia diterapkan ke dalam sanubari rakyat dan diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat".

Sunday, August 2, 2009

0 Comments:

 
SOCIAL WORK TERRITORY - Wordpress Themes is proudly powered by WordPress and themed by Mukkamu Templates Novo Blogger