Ciri-ciri dan keadah menjadi seorang Fasilitator

Seorang fasilitator adalah seseorang yang membantu sekumpulan orang memahami objektif-objektif biasa mereka dan membantu mereka bagi merancang bagi mencapai mereka tanpa mengambil satu kedudukan tertentu dalam perbincangan. Pemudah itu akan cuba untuk membantu kumpulan dalam mencapai satu konsensus pada sebarang percanggahan yang wujud terlebih dahulu atau muncul dalam mesyuarat itu supaya ia mempunyai satu asas kukuh untuk tindakan masa depan.
Peranan telah disamakan yang seorang bidan yang membantu dalam proses kelahiran itu tetapi bukan pengeluar hasil. Seorang fasilitator adalah seorang individu yang bekerja adalah bagi membantu untuk menguruskan satu proses pertukaran maklumat.

Tugas Fasilitator adalah memudahkan proses perbincangan supaya dapat berjalan dengan lebih lancar dan licin. Oleh itu ia memerlukan kepada pemerhatian, menasihati, membantu, membimbing dan kaunseling secara maksimum. Seseorang yang berminat menjadi fasilitator mesti memahami dengan mendalam sama ada dari segi teknikal mahupun konsep dan etika . Penting bagi seorang fasilitator memperbanyakkan pembacaan dalam apa jua jenis bahan pembacaan.
Perlu diingat kehadiran fasilitator bukannya mengubah hidup seseorang. Ia hanya satu sistem bagi membantu mengubah minda dan menangani aspek-aspek kehidupan mereka yang jumud, dan membantu mereka mendapatkan sesuatu yang mereka ingini dalam hidup mereka.Fasilitator adalah agen perubahan.

Proses Transformasi
Proses transformasi ini dapat dibahagikan kepada tiga kategori aktiviti, iaitu:

1. Penerokaan
- Satu aktiviti yang menumpukan kepada penerokaan berhubung apa yang ada di sana, menyingkap representasi diri individu ke atas dunia sekeliling.
- Ianya juga adalah suatu proses mengenali diri sendiri dan jenis-jenis persepsi dan pengetahuan yang ada untuknya.

2.Penjelasan
- Penjelasan ialah aktiviti mengenali dan meneutralkan kepincangan atau sebarang representasi luaran.
- Memberikan jawapan ke atas persoalan-persoalan yang mungkin mengganggu minda individu.
- Mengembalikan seseorang individu yang mungkin terhanyut pemikirannya ke jalan yang benar.

3.Programing
- Programing adalah suatu aktiviti yang secara langsung membentuk peribadi individu ke arah yang lebih baik.
- Dilakukan dengan cara menekankan kepada kehendak sebenar seseorang individu dan membantu menjadikannya lebih realiti.
- Memperkukuhkan lagi sifat-sifat dan kebolehan yang diingini oleh seseorang individu.

Fasilitator Muslim:

# Fasilitator Muslim adalah insan yang mempunyai kesedaran berbakti kepada masyarakat dan Islam sebagai salah satu daripada pelaburan amal jariahnya.
# Fasilatator Muslim sedar tanggungjawabnya di dunia ini sebagai khalifah dan hamba Allah.
# Fasilitator muslim mengamalkan cara hidup Islam ke arah yang terbaik dan sentiasa mempertingkatkan diri dengan kemahiran-kemahiran dan pengetahuan am terkini yang diperlukan bagi memastikan ia dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan baik dan sempurna.
# Fasilitator Muslim sedar dia juga adalah seorang dai’e atau pendakwah dan adalah teladan kepada ahli kumpulan LDK.
# Fasilitator Muslim tidak seharusnya berpura-pura. Segala yang disampaikan kepada ahli kumpulan LDK mesti ikhlas dan benar.
# Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud, “Sesungguhnya kebenaran sama ada ucapan ataupun perbuatan membawa kepada kebaikan dan kebaikan pula membawa ke syurga.Seseorang selalu bersifat benar sehingga ditulis di sisi Allah sebagai seorang yang benar. Sesungguhnya pembohongan membawa kepada kejahatan dan kejahatan pula membawa ke neraka. Seseorang selalu berbohong sehingga dia ditulis di sisi Allah sebagai pembohong”.
# Tugas dan tanggungjawab seorang Fasilitator Muslim tidak terbatas dalam kumpulan LDK sahaja,
# Ia merangkumi kehidupan harian beliau kerana insan yang dilabelkan sebagai Fasilatator Muslim sentiasa menjadi perhatian sebagai insan teladan kepada masyarakat sekelilingnya.
# Fasilatator Muslim semestinya faham peranan, tanggungjawab, etika dan tatasusila serta bersedia menimba ilmu sebanyak mungkin.

Peranan Fasilitator :
1. Dai’e
2. Penasihat
3. Naqibah
4. Kaunselor
5. Sahabat
6. Pemerhati
7. Jurulatih
8. Ejen Perubah

Antara beberapa syarat yang mesti dibina dan digarap dalam diri seseorang fasilitator iaitu :


1. Sikap
Jelas Matlamat Hidup - penting bagi Fasilitator Muslim memastikan hala tuju atau sense of direction dalam kehidupan. Tanpa penjelmaan matlamat hidup seseorang itu mudah merasa kecewa, putus asa dan lari dari perjuangan . Husnu Zan (Berperasangka baik dengan kejernihan hati) Fasilatator perlu bersangka baik kepada setiap orang yang ditemui bahawa orang tersebut berpotensi menjadi seorang hamba Allah yang taan dan cemerlang dunia dan akhirat.

Pro aktif , membina kemampuan membentuk suasana dan bukan dibentuk oleh suasana. Pengurusan pribadi yang berkesan ,Fasilatator perlu mengatur dengan sebaiknya, jadual harian, serta keutamaan-keutamaan dalam tindakan .Kemampuan berkomunikasi yang berkesan Penting dalam perkongsian idea dan pengalaman. Mempertingkatkan daya perjuangan , ini dapat dilakukan dengan menyertai aktiviti-aktiviti yang sihat, berpersatuan serta bergaul dengan rakan-rakan yang konstruktif serta banyak membaca .Sabar adalah ciri fasilitator yang mesti digarap dan mempunyai tahap kesabaran yang tinggi .

Punya prinsip sinergi iaitu mempunyai kemampuan dalam kumpulan atau amal jama’ie kerana bekerja dalam kumpulan dapat mewujudkan persefahaman, bermasyarakat serta memberikan impak yang lebih baik . Ihsan , hari ini lebih baik dari semalam. Sikap optimis amat penting bagi Fasilitatos. Malahan kita berusaha supaya esok lebih baik dari hari ini. Sikap ini memerlukan prosesyang berterusan dan melibatkan refomasi (islah). Berfikiran terbuka, Fasilitator mesti berfikiran terbuka supaya dapat menerima pendapat ahli kumpulan dan sahabat lainnya


2.Kreatif

Kreativiti adalah kuasa atau kebolehan mencipta iaitu menggunakan kepakaran dan kelainan dalam mencapai satu-satu objektif. Kreativiti memerlukan jalinan keaslian dan imiginasi dalam menghadapi satu-satu situasi. Berfikiran kreatif memerlukan satu proses yang halus dalam membaca dan menganalisis imaginasi atau pemikiran seseorang dan memantau ke seluruh spektrum pengetahuan dan pengalaman seseorang.


3. Kestabilan Emosi
Tidur yang cukup ,pemakanan yang baik dan sempurna ,riadah dan senaman yang konsisten, belajar mengenali saat-saat tertentu (bagi wanita yang tidak dapat lari daripada gangguan emosi secara biologi-cuba belajar berfikir dan bertindak secara rasional),kepercayaan dalam agama masing-masing sangat konsisten dalam kehidupan seharian dapat menguatkan rohani kita seterusnya menstabilkan emosi kita , penyediaan bahan dan material yang lengkap beserta dengan bahan alternatif, sentiasa bertenang dan fikirkan berhubung perkara-perkara yang positif sahaja


4.Berkemahiran
i) Berkemahiran maksudnya mempunyai kebolehan dalam :
ii) Kemahiran dorongan
iii)Kemahiran membuat keputusan
iv) Kemahiran kaunseling
v) Kemahiran penyelesaian masalah
vi) Kemahiran memberi dan menerima maklum balas
Di samping itu ada tiga kemahiran yang amat utama dalam membina kewibawaan diri iaitu:
Kemahiran Komunikasi
Kepimpinan
Personaliti

5. Berilmu , adalah salah satu faktor yang penting untuk menjadi seorang fasilitator yang baik, bagus dan boleh membantu masyarakat dalam menyelesaikan masalah.

Etika Fasilitator:
1. Menghormati autonomi
2. Tidak Mengganggu insan lain
3. Mementingkan insan lain
4. Adil
5. Setia dan amanah


Monday, August 3, 2009

0 Comments:

 
SOCIAL WORK TERRITORY - Wordpress Themes is proudly powered by WordPress and themed by Mukkamu Templates Novo Blogger